Anak dakwa dirogol bapa sejak berusia 12 tahun sehingga lahirkan dua anak

Anak dakwa dirogol bapa sejak berusia 12 tahun sehingga lahirkan dua anak

Pasangan suami isteri telah ditahan semalam bagi membantu siasatan selepas anak mereka mendakwa dirogol oleh bapanya sejak lapan tahun lalu sehingga melahirkan dua anak.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed, menyatakan bahawa pasangan suami isteri berusia 40-an itu telah ditahan selepas polis menerima laporan daripada mangsa pada 11 malam, Rabu lalu.

“Polis menerima pengaduan daripada mangsa berusia 20 tahun yang mendakwa menjadi mangsa rogol oleh bapanya sejak berusia 12 tahun.

Anak dakwa dirogol bapa sejak berusia 12 tahun sehingga lahirkan dua anak

“Hasil siasatan, mangsa mendakwa dirogol sejak 2016 sehingga kejadian terbaharu tahun ini, dan kesemua perbuatan itu berlaku di dalam bilik mangsa di Kampung Chuah, Port Dickson,” katanya dalam kenyataan media, malam tadi.

Beliau menyatakan bahawa mangsa telah menceritakan kejadian ini kepada ibunya, namun tidak diberi perhatian.

“Ibu mangsa tidak mengendahkan aduan yang dibuat mangsa walaupun mangsa sudah melahirkan dua anak.

“Polis telah membuat tangkapan ke atas pasangan itu semalam kira-kira jam 11.40 pagi di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Port Dickson,” ujarnya.

Aidi Sham menjelaskan bahawa hasil semakan rekod lampau, polis mendapati kedua-dua suspek mempunyai rekod jenayah narkotik.

“Suspek telah dibawa ke Mahkamah Seremban dan tahanan reman telah dibenarkan selama lima hari bermula semalam hingga 8 Mei ini.

“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 376B kerana sumbang mahram,” katanya.

Baca Juga:
Cara tanam cili sejambak, Memang cantik dan merimbun!
Madinah dilanda banjir teruk
Lelaki bunuh isteri, daging dikerat-kerat dan bagi ke jiran tetangga
CATEGORIES