Anak bunuh ibu kandung, sorok dalam peti ais selama 3 tahun.
Seorang lelaki sanggup membunuh ibu kandungnya dan menyimpan mayatnya di dalam peti ais selama tiga tahun di Jalan Hujan Abu 6, di sini.
Difahamkan, suspek lelaki berusia 50-an itu membunuh wanita berusia 80-an di kediamannya pada Mac 2021. Mangsa dipercayai mati akibat dipukul, sebelum mayatnya dibalut dengan tuala dan plastik serta disimpan dalam peti ais tersebut.
Suspek kemudian membuat laporan polis hari ini, dipercayai kerana kehabisan wang simpanan serta masalah kesihatan kronik yang dialaminya.
Setelah laporan polis dibuat sekitar pukul 9 pagi, sepasukan polis segera bergegas ke lokasi kejadian dan menahan suspek.
Tinjauan Kosmo! di lokasi mendapati pihak polis sedang membuat kawalan di kawasan kejadian, dengan sebuah peti ais dilihat di luar premis yang dipercayai tempat mayat mangsa disorokkan.