Anak belasah ibu kandung dengan kunci stereng kereta sampai patah gigi

Photo of author

By Syima Iza

Seorang lelaki tergamak memukul ibu kandung sendiri hanya kerana mangsa didakwa meletakkan almari kasut sehingga menghalang laluan ke biliknya dalam kejadian di sebuah rumah dekat Taman Muda Cheras di sini pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 12.30 pagi ketika mangsa berumur 74 tahun itu sedang tidur.

“Suspek mendatangi mangsa sebelum memukul mangsa menggunakan kunci stereng kereta sehingga mengakibatkan kecederaan pada bahagian kepala selain dua gigi mangsa patah.

Anak belasah ibu kandung dengan kunci stereng kereta sampai patah gigi

“Salah seorang anak mangsa kemudiannya bertindak membantu wanita terbabit turut dipukul suspek,” katanya menerusi kenyataan pada Rabu.

Katanya, suspek yang merupakan pengganggur itu bagaimanapun diberkas polis pada hari sama.

“Suspek diberkas merupakan lelaki tempatan berumur 36 tahun selain saringan dijalankan mendapati suspek bebas daripada sebarang pengaruh dadah.

“Siasatan mendapati hubungan suspek dan mangsa tidak baik sejak 10 tahun lalu,” katanya.

Menurutnya, suspek direman tujuh hari untuk siasatan lanjut berhubung kejadian.

“Kes disiasat dibawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan,” katanya.

Baca Juga:
Lembaga mata bercahaya tenung kamera dalam hutan jadi tanda tanya
Anak bongsu tertinggal di R&R Pagoh, pekerja warga Bangladesh baik hati pinjamkan telefon call mak ayah
Ramai terkesima lihat Cik B tampil imej ‘ Big Boss’ dikelilingi hampir 10 bodyguard