Anak bakar rumah ibu kerana duit pencen bapa

Photo of author

By Syima Iza

Anak bakar rumah ibu kerana duit pencen bapa.

Seorang pemuda telah ditahan selepas disyaki membakar kediaman ibunya di wilayah Mamuju, Sulawesi Barat susulan pertikaian wang persaraan bapa pada Khamis.

Rumah milik Rahmatia, terletak berdekatan dengan kawasan peranginan terkenal Pantai Lombang-lombang, dibakar anak lelakinya, Irfandi, 30 tahun, pada kira-kira pukul 9 pagi waktu tempatan.

Anak bakar rumah ibu kerana duit pencen bapa

Ketua Balai Polis Kalukku, Inspektor Makmur dalam satu kenyataan mengesahkan penahanan suspek yang juga dikenali sebagai Ippang dan lokasi kejadian telah dipasang garis polis untuk memudahkan siasatan.

Siasatan awal mendapati ketegangan hubungan ibu dan anak berpunca setelah mendapati ibunya mengeluarkan wang pencen bapanya tanpa memaklumkan kepadanya.

“Suspek juga tidak puas hati terhadap pembinaan rumah di atas tanah yang hak milik masih dalam pertikaian,” kata Makmur.

Irfandi nekad memulakan kebakaran dengan menyalakan api di tirai tingkap sehingga mengakibatkan kemusnahan rumah dan harta benda bernilai 40 juta rupiah, sekitar RM12,200.

Baca Juga:
Ramai yang batuk bila makan limau mandarin, rupanya ini caranya supaya tak batuk dan boleh habis satu kotak
Ramai yang tak tahu cara sebenar hilangkan hitam di papan pemotong
Petua orang lama, kalau nak marah, caci binatang ini kena panggil ‘Cik Ti’ ini sebabnya