Anak aktor terkenal tanah air didakwa tak bayar hutang mengasuh bayi

Photo of author

By Syima Iza

Anak aktor terkenal tanah air didakwa tak bayar hutang mengasuh bayi.

Tiada angin tiada ribut, timbul satu dakwaan yang mengatakan seorang selebriti media sosial telah menipu atau melakukan penipuan terhadap seorang pengasuh bayi.

Enggan Membayar Upah Mengasuh Bayi

Anak aktor terkenal tanah air didakwa tak bayar hutang mengasuh bayi
Gambar sekadar hiasan

Menerusi pendedahan yang dibuat kepada Gempak, seorang pengasuh bayi mendakwa selebriti media sosial tersebut enggan menjelaskan bayaran upah mengasuh bayi. Apa yang mengejutkan adalah selebriti media sosial itu bukan calang-calang orang, kerana dia merupakan anak kepada seorang aktor terkenal tanah air.

Difahamkan, selebriti media sosial tersebut tidak memberi kerjasama yang baik apabila diminta untuk melunaskan bayaran pengasuh yang berjumlah ratusan ringgit. Lebih memeranjatkan, bayaran yang sepatutnya dibuat pada Julai tahun lalu itu masih belum dijelaskan, meskipun sudah beberapa kali diminta. Malah, anaknya yang ketika itu berusia tiga bulan kini sudah mencecah usia satu tahun, namun bayaran pengasuh masih belum dilunaskan.

Walau bagaimanapun, individu tersebut tidak lagi mengambil upah mengasuh anak selebriti itu sejak Julai tahun lalu.

Turut Menipu Pengasuh Lain

Individu tersebut turut mendakwa bahawa bukan dia sahaja yang menjadi mangsa penipuan, tetapi ada juga individu lain yang mengalami nasib yang sama, apabila selebriti media sosial itu enggan membayar upah mengasuh.

Individu tersebut juga memberi tempoh sehingga hujung bulan ini untuk selebriti media sosial itu melunaskan bayaran tersebut, dan sekiranya masih berdiam diri, dia akan melaporkan isu ini kepada pihak berkuasa.

SUMBER

Baca Lagi:
“Uoalls saya sayang tak?, kalau tak sayang, saya pindah Dubai”- Siti Nurhaliza
Negara China mula tunduk dengan ‘Arahan’ dari kerajaan Malaysia
Ramai hairan Honda City, BMW 330i kongsi nombor plat yang sama