‘Amoi’ mahu pilih calon suami bergaji rendah raih pujian ramai

Photo of author

By Syima Iza

Seorang wanita berbangsa Cina tular di media sosial apabila berhasrat memilih lelaki yang berpendapatan rendah sahaja untuk dijadikan suaminya.

Menerusi perkongsian video di laman TikTok milik akaun Yoofriend, wanita tersebut berkata, dia akan memilih calon suami yang berpendapatan antara RM2,000 hingga RM3,000 sebulan.

Katanya, dia membuat pemilihan seperti itu kerana memahami kebanyakan lelaki tidak mempunyai gaji yang tinggi.

'Amoi' mahu pilih calon suami bergaji rendah raih pujian ramai

“Saya faham bukan senang bagi lelaki untuk mempunyai gaji yang banyak, jadi saya dapat menolong dia sampailah mempunyai pendapatan yang stabil,” katanya.

Tinjauan di ruangan komen video tersebut mendapati ramai orang, terutama golongan lelaki, yang memuji wanita tersebut.

“Lagi bijak ‘amoi’ rupanya,” kata Ridzxan.

@yoofriends Lepasni cari amoi je la 🥹 #cinabukit #gaji #expectedsalary #amoi ♬ original sound – Yoofriend

“Cari ‘amoi’ la selepas ini,” kata Mohamad Yazid.

“’Amoi’ ni jujur jika dibandingkan dengan gadis kita yang nak RM6,000 hingga RM7,000 gaji sebulan ditambah pula dengan Honda dan iPhone 15,” kata Adyputra Ipoh.

Perkongsian video tersebut tular di laman TikTok dan berjaya mendapat 577,900 tontonan dan 52,400 tanda suka.

Baca Juga:
Kematian mengejut pemain muda China di gelanggang, ini penjelasan Dr Malar apa sebenar yang berlaku
Suami ‘kantoi’ bonceng penyondol kena cubit dengan isteri
Orang ramai gempar lihat pocong tumpang trak pikap