Amelia Henderson pakai gaun tayang bahagian dada raih perhatian warganet.
Pelakon dan pengacara popular, Amelia Henderson menjadi perbualan hangat apabila tampil dengan gaun hitam yang mencolok mata di sebuah majlis anugerah baru-baru ini.
Fesyen Amelia yang menonjolkan bahagian perut, dada, dan belakang serta mempunyai belahan di bahagian kaki telah mengundang pelbagai reaksi daripada netizen di media sosial.
Menerusi satu video yang dimuat naik di Instagram dan turut tular di TikTok, gaun seksi Amelia itu telah mendapat kritikan ramai.
Ramai netizen kurang senang dengan penampilan yang dianggap terlalu terbuka, malah ada yang menyuarakan kebimbangan terhadap normalisasi pakaian seksi dalam kalangan selebriti wanita.
“Amelia Henderson sudah cantik, tak perlu berpakaian seksi” – netizen Di ruangan komen, ramai netizen menyatakan pandangan bahawa Amelia sudah cukup jelita tanpa perlu mengenakan pakaian yang terlalu terdedah. Ramai juga yang berharap agar selebriti terkenal seperti Amelia dapat menjadi contoh yang baik, terutama kepada peminat yang muda.
“Cantik sangat Amelia, tapi kenapa perlu pakaian macam ni? Harap boleh jadi contoh yang lebih positif.”
@stail.myAmelia Henderson tampil jelita di malam Kuala Lumpur Fashion Awards 😍😍❤️
Selain itu, ada juga netizen yang mempersoalkan tentang penampilan selebriti tempatan yang semakin berani, sedangkan selebriti luar negara yang membuat persembahan di Malaysia perlu mematuhi garis panduan berpakaian yang sopan.
Kontroversi Fesyen Selebriti Tempatan Isu mengenai pakaian seksi bukanlah perkara baru dalam dunia hiburan tempatan. Dalam era digital di mana segalanya mudah menjadi viral, fesyen selebriti sering mendapat perhatian dan kritikan.
Ramai yang berpendapat bahawa sebagai seorang selebriti, pilihan berpakaian seharusnya mempertimbangkan sensitiviti budaya dan pandangan masyarakat tempatan.
#OhmediaNasihat Kepada selebriti dan penggiat seni, ingatlah bahawa penampilan anda sentiasa menjadi perhatian masyarakat. Sebagai figura awam, pemilihan fesyen yang sesuai bukan sahaja mencerminkan personaliti, tetapi juga mampu memberi impak positif kepada peminat.
Bijaklah dalam membuat pilihan agar dapat memberikan teladan yang baik kepada generasi muda dan memastikan imej yang dibawa tetap dihormati masyarakat.