Amelia & Elizabeth buat podcast pakai singlet, sekali netizen perasan sesuatu.
Penampilan pelakon Amelia Henderson dan Elizabeth Tan dalam podcast Studio Sembang telah mendapat perhatian ramai apabila kedua-dua selebriti tersebut mengenakan baju tanpa lengan.
Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Amelia, atau nama sebenarnya Amelia Thripura Henderson, di laman Instagramnya, difahamkan aktres Elizabeth Tan menjadi tetamu undangan untuk episod minggu ini.
“Podcast Seperti Ketiak Show?”
Bagaimanapun, penampilan Amelia dan Elizabeth yang memakai baju tanpa lengan sehingga menampakkan bahagian ketiak telah menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan netizen.
Ada segelintir yang berpendapat bahawa pakaian yang digayakan oleh kedua-dua selebriti itu agak mencolok mata dan tidak sesuai, kerana menampakkan bahagian tubuh yang dianggap tidak sepatutnya dipertontonkan.
View this post on Instagram
Info Podcast
Sebagai makluman, Amelia telah mengendalikan podcast Studio Sembang sejak Oktober 2022 dan berhasrat untuk menerapkan lebih banyak unsur pendidikan bagi mendidik audiens tentang realiti kehidupan anak seni.