Ameera Khan dedah lebih suka lelaki Indonesia berbanding lelaki Malaysia, ini sebabnya

Photo of author

By Syima Iza

Ameera Khan dedah lebih suka lelaki Indonesia berbanding lelaki Malaysia, ini sebabnya.

Ameera Khan, adik kepada Neelofa, mendedahkan bahawa dia lebih cenderung memilih lelaki Indonesia berbanding lelaki Malaysia. Menurutnya, dia tertarik dengan cara lelaki Indonesia melayannya, dan menganggap mereka tidak toksik seperti lelaki Malaysia.

Ameera mengakui dia telah berkenalan dengan ramai lelaki, namun masih dalam proses mencari pasangan yang terbaik.

Ameera Khan dedah lebih suka lelaki Indonesia berbanding lelaki Malaysia, ini sebabnya

Ameera, yang berusia 23 tahun, menyatakan bahawa dia masih muda dan tidak mahu terburu-buru dalam memilih teman lelaki. Dipetik daripada laman Beautifulnara, Ameera berkata: “Sudah tentu, saya masih muda.

Saya baru 23 tahun. Saya tak boleh hanya jumpa seorang lelaki dan terus ‘he is the one’. Tidak, anda kena berjumpa beberapa lelaki dan fikir, okay, yang ini ada potensi, yang ini boleh jadi kawan.”

Ameera juga menyatakan bahawa dia lebih tertarik kepada lelaki Indonesia yang lebih lemah lembut dan tidak toksik seperti pengalaman yang pernah dialaminya dengan lelaki Malaysia. Dia mengakui cair apabila lelaki Indonesia memanggilnya dengan panggilan manis seperti ‘cinta’.

@affendyjailani #ameerakhan suka lelaki dari #indonesia ? #Neelofa #fyp #fypシ゚viral #bukakmulut #artismalaysia #malaysiatiktok #foryou #foryoupage ♬ original sound – Affendy Jailani

Dia menambah: “Kalau di Malaysia, berdasarkan pengalaman saya, bukan nak cakap secara umum, tetapi daripada pengalaman saya, bila mereka penyayang, melindungi dan semuanya, ia jadi toksik. Tapi Indonesia, best.”

Walaupun suka dengan panggilan ‘cinta’ oleh lelaki Indonesia, Ameera juga menyatakan bahawa dia masih menghargai panggilan manja seperti ‘my love’, ‘baby’, dan ‘sayang’ yang sering digunakan oleh lelaki Malaysia.

Akhirnya, Ameera menyatakan bahawa dia terbuka soal jodoh dan tidak kisah jika jodohnya adalah lelaki dari mana-mana negara, termasuk Malaysia, Indonesia, atau Mesir.

Baca Juga:
Suami buat ‘Prank’ curang sempena hari jadi, isteri maut dilanggar kereta
Aksi ‘brutal’ wanita ini ketika kereta nak kena tarik tak bayar ansuran 8 bulan buat ramai terkejut
‘Siapa Bayar Gaji Dia?’- Kucing tersadai hampir 2 bulan atas kapal offshore raih perhatian ramai