Altimet dedah gaji sebenar jadi wakil rakyat di Selangor

Photo of author

By Syima Iza

Altimet dedah gaji sebenar jadi wakil rakyat di Selangor.

Penyanyi rap yang kini bergelar wakil rakyat, Altimet, telah berkongsi maklumat tentang gaji yang diterimanya sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

Dalam sesi podcast Dol’s Podcast yang dikendalikan oleh Shuib, Shuk Sahar, dan Fizie Roslan, Altimet, atau nama sebenarnya Yang Berhormat Tuan Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Al-Hadad, mendedahkan bahawa gaji bulanan yang diterimanya mencecah RM16,000.

Altimet dedah gaji sebenar jadi wakil rakyat di Selangor

“Di Selangor, kalau campur gaji kasar, elaun, dan sebagainya, boleh dapat bersih RM16,000.

“Setahu saya, di Malaysia, ADUN Selangor antara yang tertinggi dari segi gaji, berada dalam ‘top 3’ di peringkat negeri,” jelasnya.

Kemudahan untuk Wakil Rakyat
Altimet, yang juga pelantun lagu Amboi, turut mendedahkan bahawa wakil rakyat mendapat pelbagai kemudahan termasuk pinjaman dan elaun tambahan.

@dolspodcast Gaji wakil rakyat adalah sebanyak?? Layan Episod 38, 9 MALAM INI di Youtube Shuib Channel & spotify Dol’s Podcast. Podcast ini dibawakan khas untuk anda oleh Pop Motif Interior Pte Ltd A HDB licensed contractor 📞 8755-6538 IG: @popmotif.sg Fb: popmotif 💻 www.popmotif.sg Pop Motif Interior Pte Ltd Deserve To Be Noticed. @shuibsepahtu @shuksahar @Fizie Roslan @Mamatsepah_Nana @Pop Motif Official @altimet #DolsPodcast ♬ original sound – Dol’s Podcast

“Seperti kakitangan kerajaan yang lain, kami ada kemudahan untuk membuat pinjaman bagi membeli rumah dan kereta.

“Sebahagian elaun yang diterima juga diperuntukkan untuk pemandu peribadi, dan itu memang wajib digunakan. Elaun ini disediakan untuk memudahkan tugas. Kalau tak ada pemandu, nanti bos akan tanya,” katanya.

Kedudukan Sebagai ADUN

Untuk makluman, Altimet kini menjawat jawatan sebagai ADUN di Lembah Jaya, Ampang Jaya, Selangor. Beliau memenangi kerusi tersebut dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) pada Ogos tahun lalu dengan meraih 26,298 undi, menewaskan Sharifah Haslizah Syed Ariffin daripada Perikatan Nasional (PN) yang memperoleh 19,620 undi.

Baca Juga:
Patut laku keras, peniaga ini tambah cacing tanah kering dalam kuah laksa
Wanita bersalin dalam kereta dedah sijil kelahiran anak selepas ditanya netizen
Pertama kali negara China pilih Malaysia jadi tuan rumah untuk sambut Tahun Baru Cina