Aliff Syukri sedih setelah 10 tahun Wisma D’Herbs bakal ditutup.
Satu hantaran video di Instagram milik usahawan Dato’ Sri Aliff Syukri bin Kamarzaman telah menarik perhatian warga net.
Terpaksa Melepaskan Wisma D’Herbs
Dalam hantaran video tersebut, Aliff mendedahkan bahawa dia berasa sedih kerana Wisma D’Herbs bakal ditutup.
“Sedih tapi apakah daya… bangunan ini terpaksa dilepaskan… lokasi Kota Damansara, Seksyen 8, jalan utama bersebelahan dengan bangunan MPPJ.”
Bagi Aliff, banyak kenangan bersama pekerja di wisma tersebut kerana bangunan itu menjadi saksi kepada jatuh bangun perniagaannya.
Bukan itu sahaja, lokasi yang strategik dan mudah diakses dengan perkhidmatan awam menjadikan dia lebih berat hati untuk menutup wisma tersebut.
“Banyak kenangan saya dan pekerja di Wisma D’Herbs ini, tempat jatuh bangun perniagaan saya, tempat ini menjadi saksi,” ujarnya.
Lokasinya sangat strategik juga berhampiran dengan MRT Kwasa Sentral jalan kaki 3-5 minit sahaja sampai.
Demi Mengembangkan Perniagaan
Walaupun dalam keadaan yang tidak rela, Aliff mendedahkan bahawa demi kebaikan dan untuk mengembangkan perniagaannya, dia terpaksa melepaskan wisma tersebut dan mencari lokasi baharu.
“Alhamdulillah, hasil sokongan korang semua dekat papa & mama selama ini, kami bercadang untuk mencari lokasi perniagaan baharu yang boleh menampung jumlah stok kami.”
“Permintaan semakin banyak, stok semakin bertambah, pekerja pun semakin ramai. Demi keselesaan dan untuk memudahkan operasi skala besar pada masa akan datang, kami bercadang untuk melepaskan wisma sedia ada ini.”
Hal ini kerana dia perlu mencari kawasan yang lebih besar dan luas bagi menampung bekalan barang yang semakin bertambah saban hari, serta demi keselesaan pekerjanya.
View this post on Instagram