Aliff Syukri puji suara Fazura unik dan universal, ajak berduet bersama.
Usahawan dan selebriti media sosial, Datuk Seri Aliff Syukri, telah mempelawa pelakon dan penyanyi Fazura untuk berduet.
Puji Nyanyian Fazura
Menerusi hantaran di Instagram, Aliff, yang nama lengkapnya Aliff Syukri Kamarzaman, 37, memuji bakat nyanyian aktres tersebut.
“Okay, boleh tahanlah suara awak sedap sangat Fazura. Jom kita berduet. Saya rasa kalau awak berduet dengan saya bakat awak lebih terserlah.
“Kita akan meletup bersama. Jom Fazura, awak memang sesuai berduet dengan saya. Awak akan terkenal, bukan di Malaysia malah di serata dunia. Jom kita tunjukkan bakat kita bersama-sama,” katanya.
Dalam pada itu, Aliff turut menyifatkan suara yang dimiliki bekas isteri Fattah Amin itu sebagai unik dan merdu.
Malah, Aliff juga memberi bayangan bahawa dia bakal mengeluarkan lagu raya bersama pelakon filem Pisau Cukur itu.
“Syabas, suara awak (Fazura) unik dan sedap. Bagi saya, suara itu adalah universal. Sedap saja saya dengar,” katanya.
“InsyaAllah, Fazura boleh pergi jauh. Siapa setuju, sila komen. Lagu raya tahun ini mungkinkah?” tambahnya lagi.
Terdahulu, Fazura membuat penampilan sulung dalam sebuah program bual bicara Indonesia selepas bercerai dengan aktor Fattah Amin pada 7 Oktober lalu.
Fazura muncul dalam program berkenaan untuk mempromosikan single terbarunya berjudul Bertahan Demi Cinta, yang merupakan duet bersama Fattah sebelum mereka berpisah.
View this post on Instagram