Aliff Syukri beri harga untuk panggil dia menyanyi buat ramai terkejut

Photo of author

By Syima Iza

Aliff Syukri beri harga untuk panggil dia menyanyi buat ramai terkejut.

Usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri memberitahu bahawa dia menolak undangan untuk menyanyi di sebuah konsert di Pulau Pinang selepas bayaran yang ditawarkan dianggap tidak berpatutan.

Menurut mStar Online, Aliff berkata jika ada yang mahu mengundangnya untuk menyanyi, bayaran minimum yang dikenakan adalah RM15,000. “Dengan nama Allah, saya memang ada terima tawaran untuk jadi penyanyi di sebuah konsert di Pulau Pinang bulan lepas. Tapi saya tak bersedia dan suara saya terlalu sedap, selain bayaran mereka tawarkan tak setimpal,” katanya.

Aliff Syukri beri harga untuk panggil dia menyanyi buat ramai terkejut

Aliff menambah bahawa jika bayaran yang diterima rendah, lebih baik dia menjual produk di TikTok secara siaran langsung.

“Kalau saya pergi, dah bersiap cantik-cantik, tapi diminta menyanyi dengan bayaran RM2,000. Baik saya berniaga buat live di TikTok saja,” katanya.

Aliff turut menegaskan bahawa RM15,000 adalah harga minimum untuk jemputan menyanyi di mana-mana majlis atau konsert.

“Saya bukan nak sombong, tapi penganjur tu ingat saya artis funfair? Jadi saya kata tak boleh, dan harga saya tetap paling minimum RM15,000. Kalau pergi dengan bayaran rendah, memang tak berbaloi,” katanya.

Baca Juga:
Kereta Saga, Kancil ‘parking’ atas bumbung rumah di Kedah buat netizen rasa pelik
Penyanyi wanita tersohor Kelantan antara ditahan di Sungai Golok bersama 6,000 pil kuda
“Tanda Dah Semakin Dekat”- Arab Saudi rasmi projek pembinaan bangunan terbesar di dunia