
Alhamdulillah! Pengeluaran khas wang KWSP di luluskan oleh kerajaan dengan syarat
Alhamdulillah! Pengeluaran khas wang KWSP di luluskan oleh kerajaan dengan syarat. Good news for pencarum KWSP dimana Kumpulan Wang Simpanan Pekerja ada memperkenalkan pengeluaran bersyarat untuk urusan peribadi setiap pencarum.
Ianya dinamakan sebagai “Pengeluaran Sebahagian” dimana anda boleh mengeluarkan simpanan KWSP anda menggunakan akaun 2 dengan syarat yang ada pada setiap jenis pengeluaran tersebut.
Antara 11 Jenis pengeluaran yang anda boleh lakukan adalah:
- Mencapai Umur 50 Tahun
- Pendidikan
- Membeli Rumah
- Bina Rumah
- Kurangkan / Seleaikan Baki Pinjaman Rumah
- Bayar Ansuran Bulanan Pinjaman Perumahan
- Perumahan Fleksibel
- Beli Rumah Pr1ma
- Tunaikan Ibadah Haji
- Kesihatan
- Simpanan 1 Juta
Setiap jenis pengeluaran diberikan adalah bersyarat, namun kelebihannya anda boleh keluarkan pada saat pada bila-bila masa jika kena dengan jenis pengeluarannya.
Borang Permohonan & Syarat Pengeluaran KWSP
UMUR 50 TAHUN
Pengeluaran Dari Akaun 2 Jika Anda Dah Mencapai Umur 50 Tahun Bagi Tujuan Persiadaan Persaraan.
PENDIDIKAN
Pengeluaran Dari Akaun 2 Untuk Tujuan Pendidikan Diri Sendiri Pasangan (suami/isteri), Anak-Anak dan/atau Ibu Bapa.
MEMBELI RUMAH
Pengeluaran Dari Akaun 2 Untuk Tujuan Membeli Hartanah Rumah
BINA RUMAH
Untuk Tujuan Membina Bagi Pencarum Yang Ingin Bina Rumah Impian
KURANGKAN/SELESAIKAN BAKI PINJAMAN PERUMAHAN
Untuk Tujuan Mengurang atau Menyelesaikan Bebanan Baki Pinjaman Rumah Pencarum.
ANSURAN BULANAN PINJAMAN PERUMAHAN
Untuk Tujuan Meringankan Bebanan Ansuran Bulanan Pinjaman Perumahan.
PERUMAHAN FLEKSIBEL
Bagi menguatkan lagi had kelayakan pinjaman perumahan dari institusi perumahan untuk anda lebih mudah.
PERUMAHAN PR1MA
Merialisasikan Impian Anda Untuk Memiliki Rumah Dengan Pembelian Rumah PR1MA.
MENUNAIKAN HAJI
Sebagai Tambahan Perbelanjaan Semasa Menunaikan Haji.
KESIHATAN
Untuk Menampung Kos Perbelanjaan Perubatan atau/dan Peralatan Perubatan Yang Diluluskan, Juga Rawatan Kesuburan.
SIMPANAN 1 JUTA
Ahli Yang Melebihi 1 Juta Simpanan Boleh Membuat Pengeluaran & Mengurus Sendiri Lebihan Simpanan.
Terima kasih kerana membaca info berkaitan pengeluaran KWSP ini, Semoga ada jenis pengeluaran yang dapat membantu meringankan sedikit sebanyak bebanan kehidupan anda dan permohonan anda dapat diluluskan.