Alhamdulillah, dah mati pun ayah mak aku’ – Si Anak Tanggang

Photo of author

By Syima Iza

Alhamdulillah, dah mati pun ayah mak aku’ – Si Anak Tanggang.

“Alhamdulillah, dah mati pun ayah mak aku.” Begitulah reaksi segelintir anak si tanggang yang menyatakan rasa lega selepas dimaklum berkaitan khabar kematian ibu bapa mereka yang ditempatkan di sebuah pusat jagaan di Kempas di sini.

Pengurus Pusat Jagaan Warga Emas Nur Ehsan, Norijah Bidin berkata, segelintir waris penghuni juga gagal tampil bagi mengurus pengebumian ibu bapa mereka dengan memberi pelbagai alasan tidak munasabah.

Alhamdulillah, dah mati pun ayah mak aku'  - Si Anak Tanggang

Beliau berkata, malah selepas selesai dikebumikan, ahli keluarga akan tampil semata-mata bagi menuntut kad pesara, kad pengenalan, sijil kematian dan dokumen berkaitan.

Malah, seorang anak kepada penghuni yang kebiasaannya akan tampil bagi mendapatkan duit poket daripada bapanya juga bersikap lepas tangan selepas menerima berita kematian bapanya.

“Dia yang memiliki kereta Aplhard biasa ke sini sebulan sekali bagi mendapatkan duit poket RM200 daripada bapanya dan apabila kami memaklumkan bapanya sudah tiada, dia berasa lega dengan menyatakan kesyukuran.

“Akibat keluarganya tidak menunjukkan minat bagi mengendalikan urusan terakhir bapanya, kami menanggung segalanya.

“Kami tidak pernah menganggap ia sebagai bebanan namun kesal dan khuatir sekiranya ia akan menjadi trend dan budaya generasi pada masa depan,” katanya.

Norijah berkata, buat masa kini hanya 30 peratus waris yang bersikap tanggungjawab bagi menjelaskan yuran bulanan bagi penjagaan diberikan dan pihaknya menggunakannya bagi pembayaran gaji pekerja.

Menurutnya, segelintir waris pula ingin berlepas tangan dengan merujuk ibu bapanya ke agensi berkaitan bagi mendapatkan bantuan bulanan untuk menampung yuran walaupun mereka sebenarnya mampu.

“Kos bulanan kami bagi menampung pemakanan dan penjagaan kumpulan warga emas berkenaan mencecah RM22,000.

“Buat masa ini kami memiliki 68 penghuni di cawangan di Denai 1, Kempas, seramai 43 penghuni di Denai 2, Kempas serta 58 penghuni di cawangan Parit Bunga, Ladang, Muar,” katanya.

Norijah berkata, pihaknya berharap waris semua penghuni lebih bertanggungjawab demi kebajikan ibu bapanya.

“Kami memiliki perancangan untuk memberi dan mengubahsuai bangunan lama di Denai 2 bagi keselesaan penghuni, ia dijangka memakan kos sejumlah RM1.5 juta.

“Kami kekurangan dana dan menubuhkan tabung bagi tujuan kutipan sumbangan serta berharap bangunan lama itu akan berwajah baharu,” katanya.

Orang ramai boleh menyalurkan sumbangan kepada Pusat Jagaan Nur Ehsan di akaun Maybank 551137548840.

Baca Lagi:
Seram! Wanita terserempak kereta buruk tanpa pemandu di lebuhraya Serian
Wanita berhenti kerja pegawai bank, jual bakso bantu suami mampu beli kereta mewah, rumah idaman
Mayat ibu berbau wangi, anak dedah rahsia kepada pemandu van jenazah