“Alamak, ‘your claim was unsuccessful’ – Kecewa gagal tebus eMadani, ramai nak pinjam RM100 Nur Nilam Sari

“Alamak, ‘your claim was unsuccessful’ – Kecewa gagal tebus eMadani, ramai nak pinjam RM100 Nur Nilam Sari

“Alamak, ‘your claim was unsuccessful’ – Kecewa gagal tebus eMadani, ramai nak pinjam RM100 Nur Nilam Sari

Dalam keterujaan orang ramai membuat tuntutan kredit eMadani RM100 bermula hari ini, masih ada individu dilihat kecewa apabila gagal menebus bantuan yang disediakan oleh kerajaan itu.

Menerusi tinjauan Kosmo! di media sosial, ramai juga merungut apabila menerima notifikasi memaklumkan penebusan kredit eMadani mereka adalah gagal meskipun memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.

“Alamak, ‘your claim was unsuccessful’ - Kecewa gagal tebus eMadani, ramai nak pinjam RM100 Nur Nilam Sari

“Kenapa aku tak dapat? Dia tulis gagal. Bukan aku gaji RM10,000 sebulan pun. Ini gaji baru nak cecah RM2,000 dah kena ‘reject’, nampaknya kena pinjam Nur Nilam Sari semula la,” kata Shahrul.

“Alamak, ‘your claim was unsuccessful’ (penebusan anda adalah gagal). Tak merasa la duit bantuan Kerajaan Madani. Nur Nilam Sari…oh Nur Nilam Sari..pinjam seratus Nur Nilam Sari,” kongsi Syafiqah Hussein.

“Mohon dekat Touch ‘n Go gagal, dekat MAE pun gagal, alaaa.. nak seratus,” kata Benjmnx.

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan, bantuan yang dilaksanakan secara sekali bayar (one-off) itu dibuka mulai 4 Disember hingga 20 Februari 2024.

Ia merupakan inisiatif daripada Kementerian Kewangan (MoF) dilancarkan bertujuan menggalakkan ekonomi digital dan memupuk budaya pembayaran tanpa tunai, memanfaatkan 10 juta rakyat dewasa yang layak dengan peruntukan RM1 bilion.

Bagaimanapun, MoF dalam satu kenyataan memaklumkan kerajaan akan mengambil tindakan tegas termasuk menyekat akaun yang terlibat dan melucutkan hak kredit penerima eMadani.

Katanya, langkah itu bakal diambil sekiranya terdapat laporan bagi mana-mana kes yang melibatkan pemindahan ‘peer-to-peer’ atau penebusan tunai.

Tambahnya, kredit eMadani hanya boleh digunakan untuk pembelian secara fizikal melalui e-dompet seperti MAE, Setel, ShopeePay dan Touch ‘n Go eWallet atau QR DuitNow di 1.8 juta peruncit serta perniagaan seluruh negara.

Baca lagi:
Pekerja kedai runcit panik perompak sembur api sebelum larikan tabung derma, sejumlah wang
Doktor wanita gantung diri selesai solat Dhuha, tertekan dengan bebanan kerja
Lelaki maut kaki digilis tren di landasan LRT Stesen Dato’ Keramat
CATEGORIES