‘”Aku memang benci tahap langit, tak akan maafkan dia'” – Gadis trauma, abang ipar intai tengah mandi pukul 11 malam

Photo of author

By Syima Iza

Jenayah seksual boleh berlaku kepada sesiapa sahaja, malah pemangsanya juga mungkin ada dalam keluarga kita.

Begitulah nasib seorang gadis yang meraih perhatian ramai di laman X apabila mendakwa dia menjadi mangsa nafsu liar abang iparnya.

Dalam pendedahan itu, pengadu berkata dia dihendap oleh abang iparnya ketika sedang mandi, sekali gus membuatkan dia trauma menjalani kehidupan seharian.

“Aku selalu balik kerja pukul 10 malam. Dah rehat, pukul 11 baru nak mandi. Memang rutin macam tu. Tapi tiba-tiba entah macam mana, aku perasan setiap kali mandi, mesti ada orang kat sebelah.

'"Aku memang benci tahap langit, tak akan maafkan dia'" - Gadis trauma, abang ipar intai tengah mandi pukul 11 malam

“Ada orang masuk kat sebelah tapi tiada bunyi air. Aku pun rasa pelik. Masa aku mandi, apabila aku dengar orang masuk sebelah, cepat-cepat aku berkemban. Aku gigil masa tu, dengan rabunnya.

“Aku nampak dia (abang ipar) tengah panjat ya. Memang s**l sebab dia tak mengaku,” dakwa wanita itu yang tidak mendedahkan identitinya.

Kalau jumpa dia, aku memang benci tahap langit dan tak akan maafkan dia.

Berang dengan kejadian itu, mangsa turut mengadu tentang apa yang berlaku kepada ibunya sehingga suami kakaknya itu dipulaukan oleh keluarga.

“Aku trauma juga. Mak peluk dan pujuk aku supaya tak menangis. Akak aku terdiam (apabila dapat tahu) sebab masa tu dia tengah makan. Dia terperanjat.

“Abang ipar kena pulau juga dengan keluarga aku. Sebab mak aku beritahu semua biar dia tahu benda tu salah dan memalukan. Kalau jumpa dia, aku memang benci tahap langit dan tak akan maafkan dia.

“Adik-beradik aku pun faham. Kalau aku dengus ke apa, mesti sebab abang ipar aku ada. Sebab memang benci dan aku masih menggigil geram dan takut ya,” ceritanya lagi.

Pengadu bagaimanapun tidak menjelaskan sekiranya dia menumpang di rumah kakak dan abang iparnya ataupun pasangan itu menetap bersama di rumah ibu bapanya.

Pendedahan gadis itu meraih perhatian ramai di platform X, malah ramai netizen turut memuji sikap keluarganya yang tidak ‘memberi muka’ kepada abang iparnya.

“Nasib keluarga semua jenis faham. Ada keluarga tak faham dan salahkan mangsa balik.

“Bagus berani bersuara. Orang mengintai sama je level dengan merogol. Memang bahaya.

“Aku pun mangsa intai dan raba abang ipar. Dulu aku buat report, tapi atas desakan keluarga, kena tarik balik,” ujar beberapa individu.

Pada masa sama, ramai yang turut memberi nasihat agar mana-mana pasangan berkahwin supaya keluar daripada rumah keluarga masing-masing.

Malah, gadis-gadis bujang juga disaran agar tidak menumpang di rumah adik-beradik yang telah berkahwin.

“Kalau boleh elak serumah dengan abang ipar. Kalau mandi tu tolong pakai kain basahan dan selepas keluar, pakai baju lengkap.

“Orang yang dah berkahwin ni pun tak bertanggungjawab. Ada ke patut masih duduk dengan adik-beradik dan mak ayah?

“Adik perempuan tak payahlah duduk rumah kakak. Kalau abang betul tak apa. Tak manis orang tua cakap,” tulis netizen.

Baca Juga:
Jangan sayang buang cili kering berkulat, boleh undang bahaya risiko hati rosak, kanser hempedu!
Hidayah enggan terima ‘cash’ RM75,000 pembayaran wang saman fitnah Ali Puteh
Bimbang tercurang, Hafiz Mahamad minta isteri sentiasa periksa telefon