‘Aku jadi isteri kedua selama 15 tahun tanpa pengetahuan isteri pertama, tahun 2023 aku berazam nak buat sesuatu’

Photo of author

By Syima Iza

‘Aku jadi isteri kedua selama 15 tahun tanpa pengetahuan isteri pertama, tahun 2023 aku berazam nak buat sesuatu’. 15 tahun yang lepas kami kahwin di Songkhla, sampai sekarang kakak madu tak tahu, keluarga mertua pun tak tahu kewujudan saya dan anak – anak. Jadi perampas ni apa yang saya dapat? Inilah harga yang saya kena bayar. Maafkan saya kakak..

Saya adalah isteri kedua atau bahasa mudah Perampas. Tidak pernah bercinta langsung. Konon – konon cinta pertama tu buat sang suami. Betul dah tu Allah sudah bagi. Tetapi suami orang.

Dahulu saya agak paranoid dengan stigma ambil lelaki orang. Entah macam mana saya pun boleh sangkut dengan suami orang. Kesian sungguh. Skill dorang ini bahaya. Saya kenal dia tanpa tahu dia suami orang. Sikit – sikit dia masuk jarum. Budak – budak baru hendak belajar bercintakan.

Akhirnya, sudah kahwin kurang dari 15 tahun. Kahwin dekat Songkhla. Alhamdulillah memohon secara sah di Malaysia setelah mendapat anak pertama (setelah 5 tahun). Agak lama proses sebab rumit dan bermodal agak keras.

'Aku jadi isteri kedua selama 15 tahun tanpa pengetahuan isteri pertama, tahun 2023 aku berazam nak buat sesuatu'

Terima kasih dekat suami sebab berjaya adakan duit. Kalau tidak daftarkan perkahwinan anak – anak tiada hak untuk berbin atau berbintikan ayah. Anak pertama setelah enam bulan baru berjaya dapat surat beranak. Dengan denda RM2000 untuk lelaki dan RM2000 untuk wanita sebab bernikah tanpa kebenaran dan berpoIigami.

Tidak bayar denda boleh masuk penjara. Upah peguam dalam RM5000 lebih sebab waktu itu tidak tahu cara hendak selesaikan. Setelah beberapa tahun Family saya dapat tahu saya sudah nikah itu pun sebab terkant0i surat nikah.

Alhamdulillah akhirnya mereka berlapang dada menerima. Terima kasih Allah. Merekalah sumber kekuatan saya selama ini. Ayah sanggup ke mahkamah untuk settlekan urusan pendaftaran. Maaf sebab membelakangkan keluarga.

Family lelaki sampai sekarang masih tidak tahu kewujudan saya. Rakan sekerja dan saud4ra mara pun tidak tahu. Tetapi mungkin ada yang menghidu. Saya tiada daya hendak berterus terang. Biarlah saya simpan sendiri.

Agak lama saya bagi masa dekat suami untuk berterus terang dan azam saya untuk tahun 2023 supaya saya move on dan tidak perlu toleh ke belakang cukuplah peluang yang diberikan. Sebenarnya sudah berkali – kali saya minta cerai. Ini jalan yang terbaik saya rasa.

Suami pun gaya macam tiada usaha untuk betulkan apa yang bengkok. Dia tidak rugi apa – apa. Anak – anak dia boleh jumpa. Dia boleh pakai saya bila – bila. Saya yang hadap semuanya sendiri. B0dohkan. Senang – senang jer orang b0dohkan anak mak ni walhal mak dah hantar belajar elok – elok.

Alhamdulillah Allah hadirkan buat saya anak – anak yang comel serta baik. Saya hendak hidup dengan penuh bersemangat bersama anak – anak saya tanpa bayangan suami. Saya cuba ‘list out’ kebaikkan dan kekurangan suami sepanjang hubungan kami.

Positif :

1) Ada usaha bagi duit walau masih belum memenuhi keperluan – lepas pandemik project kurang (kurang dari 1000)

2) Bukan kaki pukuI.

3) Kalau datang rumah rajin belikan makanan untuk family.

Negatif :

1) Segala urusan rumah, mendidik, hantar amik anak ke sekolah taska dan tadika, menjaga, kesihatan anak dilepaskan ke bahu isteri. bila berkesempatan dan line clear baru boleh tolong.

2) Tiada masa untuk bimbing anak – anak – ajar anak pegi ke masjid.

3) Agak sukar untuk dihubungi, lagi – lagi waktu malam. Malam tak boleh keluar langsung. Line kena clear iaitu waktu pegi masjid atau kedai baru boleh hubungi.

4) Kurang prihatin dan risau (perjalanan ke tempat kerja 40km sehala) naik moto sebab terpaksa berkejar masa ambil hantar anak ke taska, tadika dan sekolah. Bila mengadu motor masalah hanya bagitau perlu buat apa tanpa ada apa – apa iniasitif untuk tolong tengokkan.

5) Family time sangat limited, datang rumah seminggu sekali. Lebih kurang 2 jam atau kurang – sebab beli rumah (atas nama saya) dekat dengan dia senang nak tengok anak – anak. Tetapi peng0rbanan disia – siakan. Sama jer.

6) Jarang tidur dekat rumah, cuma kebelakangan ni keraplah sikit dalam 1 bulan tu ada la sekali itu pun mujur. Awal – awal pindah dulu dekat setahun duduk sekali pun tak pernah tidur semalam.

7) Anak – anak membesar dalam keadaan yang tidak sihat, hidup tidak macam keluarga orang lain. Ke mana – mana hanya dengan mama. Tidak ada masa nak makan, lepak – lepak dekat luar bersama ayah.

8) Bukan pasangan yang normal. Kami kurang berkominikasi. Hanya cakap hal yang penting – penting jer sebab masa bersama kurang. Tak ada masa luahan perasaan dan bertukar – tukar cerita.

9) Tiada istilah raya Fitri atau Haji pertama bersama suami. Tiada gambar raya keluarga. Tiap kali raya tinggal terkapai – kapai dengan anak – anak. Hendak habis raya baru lah ada itu pun tak sabar – sabar nak balik. Sanak saudara datang tanya suami mana alasan sama dia kerja.

10) Urusan Kereta Motor jika rosak – sila urus sendiri.

Sedap jer saya listkan. Hahaha. Saya tahu saya seorang yang serba serbi kurang. Mungkin pada pandangan suami, saya tiada kelebihan pun. Moga suami berlapang d4da menerima azam 2023 saya. Jika tidak saya sendiri kena nekad pergi ke pejabat agama. Uruskan sendiri.

Semoga Allah lembutkan hati suami dan permudahkan jalan buat saya. Kewangan untuk tahun 2023 agak bermasalah tetapi masih boleh uruskan lagi. Suami pernah berkata mungkin dia tidak boleh bagi nafkah anak – anak kalau kami bercerai.

Ini saya redha. Itu urusan dia dengan Allah. Insyallah ada rezeki buat anak – anak saya. MentaI saya masih ok sebab pada saya hidup ini ujian. Saya masih ada keluarga untuk saya berpaut serta anak – anak. Inilah harga yang perlu saya bayar.

Buat Kakak, maafkan saya. Doakan saya terus kuat. Moga ada sinar kebahagian buat saya. Diberi kesihatan yang baik, diperluaskan rezeki dan dipanjangkan usia untuk saya membesarkan anak – anak saya. – Mawar (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Nurrah Putri : Ada baiknya bagi madu tau. Biar suami tu hidup ada c4baran sikit. Senang betul hidup dia. Mencari bila perlu. Kemain mudah amik jalan slesai. Nak cerai boleh, takyah bagi nafkah ank. Heii aku lah ko ni jantan!

Azie Azem : First of all, itulah sebenarnya kehidupan seorang isteri kedua yang sebenar, KENA MENGALAH DAN BERDIKARI. Sepatutnya sebelum kawin listkan semua benda tu dan fikir masak – masak sebelum kahwin kat songkhla. Tak boleh jugak nak salahkan suami 100%. Dah lama kagwin. Semoga ada penyelesaian.

Umi Sara : Jika sampai waktu yang 1st dapat tau dia telah lama dihoneykan, d3rita yang 1st lagi hebat sebab berbelas tahun hidup dalam pembohongan. Berapa harga pula yang perlu tt bayar kepada yang 1st? Dibohongi sama ertinya diperbodohkan. Kepada yang lain, berani buat kena berani hadap. Biar jelas jadi sebuah keluarga.

Baca Lagi:
Terkejut jumpa duit RM11 juta dalam hotel
Sejarah naik turun hubungan Anwar dan Tun Mahathir yang ramai tak tahu
Selipar Jepun berasal dari Jepun?, ini asal usul terciptanya nama selipar Jepun yang ramai tak tahu