Aktivis mahu Dr Akmal dan empat lain diharamkan ke Sarawak, Sabah

Photo of author

By Syima Iza

Aktivis politik dari Sarawak dan Sabah mahukan Ketua Pemuda Umno, Dr. Muhamad Akmal Saleh, dan empat individu lain yang didakwa sebagai “dalang peningkatan ketegangan antara kaum dan agama, serta perselisihan sosial di negara ini”, dilarang daripada memasuki kedua-dua negeri di Borneo itu.

Dalam satu kenyataan bersama, Persatuan Aspirasi Rakyat Sarawak (Sapa) dan Sabah Defenders of Ancestral Lands (Mopot) menggesa Sarawak untuk melarang beberapa individu daripada wilayah tersebut.

Mereka termasuklah penceramah dan pendakwah bebas, Mohd Ridhuan Tee Abdullah, Firdaus Wong, Muhammad Zamri Vinoth Kalimuthu, Syakir Nasoha dan juga Ketua Pemuda Umno, Dr. Muhamad Akmal Saleh.

Aktivis mahu Dr Akmal dan empat lain diharamkan ke Sarawak, Sabah

“Senarai hitam imigresen yang dicadangkan mestilah termasuk individu yang mencetuskan protes dan boikot yang dipicu oleh sikap tidak berdamai antara kaum dan agama, sehingga menimbulkan ketakutan dan rasa tidak selamat, serta menggalakkan sikap perpecahan.

“Gesaan ini bertujuan untuk melindungi Sarawak dan Sabah daripada potensi gangguan dan risiko kepada perpaduan sosial,” kata Ketua Publisiti dan Penerangan Sapa, Peter John Jaban dan wakil Mopot, Atama Katama.

Sehubungan itu, kedua-dua mereka menekankan bahawa Sabah dan Sarawak mempunyai kuasa autonomi untuk mengawal hal ehwal imigresen sendiri seperti yang ditetapkan di bawah terma Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Sarawak, khususnya, sering menggunakan kuasa autonominya untuk menghalang rakyat Malaysia daripada semenanjung yang dianggap tidak diingini.

Mengulas lanjut, mereka berkata Premier Sarawak, Abang Johari Openg, perlu mengemas kini senarai hitam itu dengan menambah nama mana-mana individu yang tidak dialu-alukan di Sarawak.

Ini kerana individu-individu berkenaan boleh menjejaskan “persekitaran yang aman, dan nilai eksklusif, toleransi dan keharmonian sosial” kedua-dua negeri itu.

Baca Juga:
Selepas Bella Astillah dedah suami curang, hantaran berbaur sindiran oleh ibu Aliff Aziz cetus tanda tanya
Petugas lebuhraya nampak kelibat ‘pontianak’ kongsi pengalaman seram
Umno arah Dr Akmal henti keluar kenyataan isu stoking kalimah Allah