Aksi PM berlari masuk Dewan Rakyat curi tumpuan

Aksi PM berlari masuk Dewan Rakyat curi tumpuan

Aksi PM berlari masuk Dewan Rakyat curi tumpuan. Tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dilihat bergegas memasuki Dewan Rakyat pada Selasa mencuri tumpuan ramai.

Ahli Parlimen Tambun itu dipercayai bertindak demikian bagi memastikan beliau hadir tepat pada masa ketika sesi Soal Jawab Perdana Menteri (PMQ) pada Selasa.

Sebelum ini media melaporkan, Anwar yang juga Menteri Kewangan menyatakan kesediaan untuk menjawab soalan daripada para wakil rakyat dalam Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Parlimen ke-15 kali ini.

Aksi PM berlari masuk Dewan Rakyat curi tumpuan

Sesi PMQ merupakan pembaharuan yang dilaksanakan Kerajaan Perpaduan dan pada setiap Selasa, Perdana Menteri akan menjawab soalan yang ditujukan kepada beliau manakala pada Khamis ialah sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri (MQT).

Sementara itu pada sesi PMQ, Anwar menjawab beberapa soalan antaranya daripada Datuk Seri Jalaluddin Alias (BN-Jelebu) yang ingin mengetahui pendekatan baharu dan kemajuan perlaksanaan inisiatif menoktahkan kemiskinan secara holistik.

@omarmokhtar_my Berlari PM nak jawab soalan Dewan Rakyat ketika Larut, Pagoh dan Marang terus ponteng. #pmx #anwaribrahim #kerajaanperpaduan #PNipu ♬ Legend – Marcos Yap

Selain itu turut mengambil bahagian pada sesi berkenaan adalah Datuk Idris Ahmad (PN-Bagan Serai) yang meminta penjelasan Perdana Menteri mengenai mekanisme yang digunakan kerajaan untuk mengukur pencapaian pelakasanaan menoktahkan kemiskinan.

Datuk Mas Ermieyati Samsudin (PN-Tanah Merah) pula memohon Anawar menyatakan kesediaan kerajaan melaksanakan syor daripada Transparency International Malaysia (TI-M) agar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diletakkan di bawah bidang kuasa parlimen.

Baca Lagi:
Bas bawa jemaah umrah ke Makkah terbakar, 20 terbunuh
Gadis 14 tahun di Kelantan jadi individu paling muda bayar zakat RM10,000
Lelaki hina agama dalam group WhatsApp ke tali gantung
CATEGORIES