Aksi pengotor staf stesen minyak korek gigi guna wang kertas dirakam, ramai rasa geli geleman.
Hati-hati guys!
Demikian kapsyen video yang dikongsi seorang wanita, memaparkan aksi pengotor seorang pekerja lelaki di sebuah stesen minyak.
Menerusi video tular itu, pekerja berkenaan dilihat sedang berdiri bersebelahan pam minyak sambil mengorek giginya.
Lebih menjijikkan, pekerja itu menggunakan wang kertas yang dilipat untuk mencungkil kotoran pada giginya.
“Tu dia, duit orang bayar minyak duk buat korek gigi pula. Astaghfirullah, bertaubatlah.
“Sat (kejap) lagi duit tu hang nak pergi letak dalam mesin wang. Oh my god. Weh, ni muka macam siapa? Cuba teka muka macam siapa. Kawan siapa ni?” ujar wanita itu.
Selalu dapat duit bau bank je. Kalau ini macam tak tahu bau apa.
Turut kedengaran suara seorang lagi individu turut berada di dalam kereta bersama wanita yang merakam video berkenaan.
Video yang baru sahaja dimuat naik ke aplikasi TikTok itu meraih lebih 66,00 tontonan.
Malah, ia turut dihujani komen netizen yang meluahkan rasa kurang senang dengan tindakan pekerja berkenaan.
“Trauma pula nak ambil baki lepas ni.
“Nasib aku jenis cashless. Naya Pak Karim kalau dapat, bau piaw lain macam nanti.
“Selalu dapat duit bau bank je. Kalau ini macam tak tahu bau apa.
“Tak apalah, keep the change,” tulis beberapa netizen berseloroh.