Aksi mesra Afieq Shazwan rangkul Fasha Sandha dikecam netizen, ramai pengikut ‘unfollow’

Photo of author

By Syima Iza

Aksi mesra Afieq Shazwan rangkul Fasha Sandha dikecam netizen, ramai pengikut ‘unfollow’.

Selepas memuat naik beberapa gambar ketika penggambaran drama Rampas Cintaku 2, aksi mesra pelakon, Fasha Sandha dan Afieq Shazwan mencuri tumpuan netizen dalam media sosial.

Afieq yang bertindak memuat naik gambar dan klip video di tepi pantai menerusi Instagram rasminya, semalam, tidak semena-mena menuai kecaman warga maya yang menempelak aksi mesra pelakon tersebut.

Aksi mesra Afieq Shazwan rangkul Fasha Sandha dikecam netizen, ramai pengikut 'unfollow'

“Hari demi hari peluk-peluk bukan mahram sudah jadi normal. Rasulullah bergadai nyawa hendak umat dia terima Islam sepenuhnya. Tetapi adakah kita hargai pengorbanan Rasulullah? Saya tak sempurna tetapi kita saling mengenali,” kata pengguna media sosial.

Ads by Kiosked
“Dayus adalah apabila seorang suami tidak berasa cemburu saat isteri dipandang apatah lagi dipegang, dipeluk lelaki lain,” tegur netizen lain.

“Kerja demi duit kan? Sebab itu sanggup melanggar perintah Allah. Kalau cari rezeki kerana Allah, semua ini tidak akan berani anda lakukan,” tulis warganet.

Disebabkan perkongsian gambar itu, ada netizen yang mengambil keputusan untuk tidak lagi mengikuti pelakon, penyanyi dan pengacara itu dalam media sosial.

Entahlah, rasa sedih pula. Awal Muharam terpaksa tengok begini. Kita ikut Afieq sebab suara sedap dan sokong dia. Tetapi kali ini, maaf sangat terpaksa unfollow. Geli. Rasa kecewa sangat,” luah netizen.

“Mana pergi maruah, tidak kisahlah walaupun berlakon suami dia tiada perasaan ke? Ya Allah, takut,” ujar pengguna media sosial lain.

Rampas Cintaku adalah sebuah drama iQIYI Original arahan Ejump Mohd, dibintangi oleh Fasha Sandha, Afieq Shazwan dan Zarul Husin.

Drama bersiri 14 episod ini memulakan tayangan pada 23 September 2022 dan merupakan antara drama iQIYI Original, dengan kerjasama antara iQIYI Malaysia dan Grab Malaysia.

Rampas Cintaku merupakan adaptasi daripada novel yang berjudul ‘Rampas Cintamu’ tulisan Puteri Jacaranda, terbitan NovelPlus.

Drama ini mengisahkan seorang jejaka muda bernama Rizal, yang bijak namun menghadapi pelbagai cabaran dan kesempitan hidup. Dia dan adiknya dibesarkan oleh ibu saudaranya, Mak Ngah Ila yang tidak menyayangi mereka.

Keadaan bertambah buruk apabila Mak Ngah Ila berhutang dengan ‘ah long’ sehingga mengganggu keluarga mereka. Disebabkan itu, Rizal memilih jalan mudah untuk ke Kuala Lumpur dan bekerja di kelab malam.

Sejak itu, dia mula bertemu dengan Datin Safieya, seorang ahli perniagaan kaya yang mempunyai kisah gelap dengan rumah tangganya.

Baca Lagi:
Wanita tergaman dilamar kekasih semasa terima ijazah di konvokesyen, ramai netizen tak puas hati..
Sumber dedah Grab beli syarikat Teksi dengan harga RM344.8 juta
Anwar tuntut pampasan RM200 juta daripada Muhyiddin