Aksi lelaki panjat pencawang elektrik bagaikan ‘spiderman’ cemaskan orang ramai

Photo of author

By Syima Iza

Seorang lelaki bertindak berani dengan memanjat sebuah pencawang Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang tinggi di Kampung Muhibbah, Bandar Darulaman, di sini, petang tadi, mencemaskan orang ramai.

Aksi lelaki terbabit memanjat pencawang bagaikan Spiderman itu membahayakan nyawanya berikutan arus voltan elektrik yang tinggi di atas pencawang itu, turut dirakam orang awam yang berada di situ.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jitra, Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohd Bustan Karudin, berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada jam 7.17 petang.

Aksi lelaki panjat pencawang elektrik bagaikan 'spiderman' cemaskan orang ramai

Berikutan itu, katanya, sepasukan anggota dari BBP Jitra yang diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Ahmad Nazril Abd Rahman bersama lapan anggota dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Operasi penyelamatan masih dilakukan ketika ini dan pihak bomba menggunakan jentera Aerial Ladder Platform (ALP) bantuan dari BBP Alor Setar untuk menyelamatkannya.

“Sehingga jam 8.30 malam ini, operasi penyelamatan masih dilakukan dan maklumat akan dimaklumkan dari masa ke semasa,” katanya.

Baca Juga:
Gadis pakai bikini jual durian ‘laku keras’
Pemilik restoran terkejut besar burung gagak tiba-tiba masuk dalam sup panas menggelegak
Disangka mahu culik anak sendiri, wanita dibelasah orang ramai di tadika