Aksi lakonan bunuh diri bawa padah, wanita mati tergantung leher terjerut disaksikan rakan

Aksi lakonan bunuh diri bawa padah, wanita mati tergantung leher terjerut disaksikan rakan

Aksi lakonan bunuh diri bawa padah, wanita mati tergantung leher terjerut disaksikan rakan. Seorang wanita yang sanggup berlakon bunuh diri demi mencipta kandungan di media sosial maut apabila tergelincir hingga menyebabkannya tergantung dan meninggal dunia serta-merta.

Kejadian itu dilaporkan berlaku di Kampung Cibeber, Leuwiliang, Bogor, Jawa Barat, Rabu lalu yang turut disaksikan rakan wanita berkenaan yang sedang membuat panggilan video.

Memetik laporan Kompas.com, mangsa berusia 21 tahun itu ditemukan mati tergantung pada kain yang diikat pada bahagian pengudaraan di pintu.

Aksi lakonan bunuh diri bawa padah, wanita mati tergantung leher terjerut disaksikan rakan

Ketua Polis Leuwiliang, Agus Supriyanto, berkata wanita itu menyampaikan niatnya membuat kandungan lakonan bunuh diri, sebelum memuat naiknya di media sosial kepada seorang rakannya ketika mereka bersembang dalam panggilan video.

“Wanita itu yang bekerja sebagai pelayan kafeteria itu segera menunjukkan aksi gantung diri itu kepada rakannya itu.
“Ketika itulah mangsa tergelincir dari kerusi yang dipijaknya hingga menyebabkannya tergantung,” katanya semalam.

Beliau berkata rakannya yang masih dalam panggilan video itu terkejut dan terus ke rumah mangsa bagi menyelamatkannya, namun sudah terlambat.

“Apabila sampai di tempat kejadian, mangsa dilihat dalam keadaan tergantung pada seutas kain yang diikat di atas pengudaraan pintu.

“Rakan mangsa itu terus melaporkan kejadian kepada polis,” katanya.

Mangsa dibawa ke Hospital Leuwilian untuk bedah siasat dan hasilnya tiada tanda jenayah kekerasan berlaku pada anggota badan wanita itu.

“Hasil pemeriksaan yang dilakukan, mangsa meninggal dunia akibat jerutan pada lehernya,” katanya.

Jenazah mangsa diserahkan kepada keluarga dan menganggap kematian wanita itu sebagai satu kemalangan.

Baca Lagi:
10 kereta paling mahal di dunia setakat tahun 2023
Sebenarnya abang tolak tak kuat pun, saya salah landing’ – Fasha Sandha pertahankan Azhan Rani
Jip safari terbalik masuk parit dikejar badak sumbu, 6 pengunjung cedera
CATEGORIES