Aksi ‘humble’ TMJ minum teh ais tepi bendang curi perhatian ramai

Aksi ‘humble’ TMJ minum teh ais tepi bendang curi perhatian ramai

Dalam sebuah video yang baru-baru ini menjadi tular di media sosial, Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, berjaya mencuri perhatian rakyat apabila beliau dilihat menikmati teh ais di tepi sawah padi. Kejadian ini memperlihatkan sisi rendah diri dan keprihatinan beliau terhadap rakyat jelata.

Video tersebut memaparkan Tunku Ismail atau lebih mesra dipanggil TMJ berjalan santai di sebuah gerai tepi sawah, sambil menikmati teh ais dalam suasana yang tenang dan damai.

Lihat video di bawah yang dikongsikan oleh akaun TikTok @01_rizal. Aksi spontan ini mendapat pujian daripada netizen yang melihatnya sebagai satu contoh kepimpinan yang berjiwa rakyat.

Aksi 'humble' TMJ minum teh ais tepi bendang curi perhatian ramai

“Ya Allah…. Bagusnya TMJ seorang yang rendah diri dengan budaya tenang di tepi sawah… Semoga Allah memberikan kesihatan dan panjang usia TMJ berjiwa rakyat.” – komen pemilik akaun TikTok @Zack85

“Aku hampir tak perasan TMJ. Dengan air bungkus, ingat mamat mana la tadi hahaha sori TMJ.. mantap” – komen pemilik akaun TikTok @MasriKasim.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Murai MY (@muraimalaysia)

Sebagai pewaris takhta, tindakan TMJ ini pastinya memberi inspirasi kepada pemimpin lain untuk sentiasa mendekati rakyat dengan rendah diri. Semoga lebih ramai pemimpin mengambil contoh daripada TMJ dalam usaha mereka untuk berkhidmat kepada masyarakat.

Baca Juga:
Bekas CEO rosak otak selepas pembedahan, hospital dan 2 doktor cuai diarah bayar ganti rugi RM5.1
Umat Islam di Malaysia sambut Aidiladha 17 Jun
20 tahun kutip botol terbuang kini ‘Rumah Botol Ayahku’ milik Tok Ki jadi perhatian ramai
CATEGORIES