Aksi ‘brutal’ wanita ini ketika kereta nak kena tarik tak bayar ansuran 8 bulan buat ramai terkejut.
Seorang wanita bertindak ganas dengan memecahkan dan merosakkan cermin kereta selepas tidak berpuas hati dengan pihak yang cuba menarik keretanya.
Netizen menggeleng kepala melihat tindakan wanita itu yang dianggap sangat tidak bijak.
“Dia fikir abang penarik kereta tu rugi agaknya,” kata seorang netizen.
Wanita itu menyatakan bahawa dia merosakkan kereta itu kerana ia merupakan hasil usaha pemilik yang telah membuat kemasan pada kereta tersebut.
Dia juga dibantu oleh seorang lelaki lain yang turut memecahkan kereta tersebut. Kereta itu pada awalnya sudah dicangkuk untuk diangkut oleh lori penunda.
Namun, wanita itu menghidupkan enjin dan menurunkan kereta itu, sehingga menyebabkan kerosakan pada trak penunda.
Kereta tersebut dipercayai sudah 8 bulan tidak dibayar ansurannya. Dalam perkongsian yang tular di Facebook, ditulis: “Sendiri tak bayar, sendiri marah.”
“Kereta dah kena cangkuk di luar pagar, pemilik pergi hidupkan enjin dan turunkan dari lori penunda untuk masuk ke rumah. Sebab itu bumper pun pecah.”
Netizen percaya wanita itu akan disenarai hitam untuk selamanya dan menganggap keretanya sudah tidak laku lagi.
Mereka menganggap tindakan itu bodoh kerana ia akan membuatkan kereta tersebut tidak dapat dilelong pada harga sepatutnya untuk membantu mengurangkan beban hutang bank.
“Blacklistlah nama kau sampai tua, kereta terpakai pun tak ada yang nak beli kalau kena lelong.”
“Pemilik dah miskin sebab tak bayar bulanan. Dengar cerita 8 bulan, naya lori penunda pun kemek kena langgar.”
Netizen juga mengingatkan wanita itu tentang dosa tidak membayar hutang dan merosakkan harta milik orang lain—iaitu bank—serta bertindak agresif memeras ugut orang lain.
Khabarnya kes 8 bulan tak bayar installment, dirosakkannya kereta tu sebelum kena tarik.
(C/p) pic.twitter.com/QgR0iy8JAo— #UpdateInfo🇲🇾🌍 (@update11111) October 22, 2024
Seorang lagi menulis: “Katakanlah baki hutang RM30,000. Kereta dalam kondisi cantik mungkin terlelong pada harga RM25,000. Jadi, baki yang perlu diselesaikan oleh pemilik dengan bank hanya RM5,000.
“Apabila pemilik pecah kereta seperti ini, pembida akan takut untuk mengajukan tawaran. Kemungkinan kereta akan terlelong pada harga rendah, mungkin sekitar RM2,000. Banyak pembaikan perlu dilakukan, jadi pemilik masih perlu menyelesaikan baki RM28,000.
“Disebabkan emosi, pemilik terpaksa bayar RM28,000 yang sepatutnya hanya RM5,000. Ini pengalaman saya sebagai pembida kereta lelong. Mereka yang terlibat dalam proses penarikan kereta hanya ketawa kerana mereka tidak rugi apa-apa. Pengajaran: Jika tidak mampu bayar, serahkan dengan cara baik. Malu kita sebagai umat Islam.”