Aksi biadap The 1975: Penganjur diarah batal festival Good Vibes serta merta.
Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil mengarahkan penganjur Festival Good Vibes 2023 iaitu Future Sound Asia membatalkan serta-merta baki festival terbabit yang sepatutnya berlangsung hari ini sehingga esok (23 Julai 2023).
Ia susulan aksi dan kenyataan sangat biadab oleh artis dari UK “The 1975” di Sepang malam tadi.
Menurut Fahmi, beliau telah memanggil penganjur dan meminta pihak terbabit mengenal pasti mekanisme ganti rugi kepada pembeli-pembeli tiket.
”Saya faham keputusan ini akan memberi implikasi kepada penonton yang telah membeli tiket. Sehubungan itu, saya juga telah menggesa penganjur untuk mengenal pasti mekanisme ganti rugi kepada pembeli-pembeli tiket”, katanya menerusi kenyataan di Facebook
Tegas Fahmi, pendirian Kerajaan Perpaduan amat jelas iaitu tiada kompromi terhadap mana-mana pihak yang mencabar, memperlekeh serta melanggar undang-undang negara.
Kerajaan ujar beliau sentiasa komited menyokong pembangunan industri kreatif dan kebebasan bersuara.
Bagaimanapun, pada masa sama, jangan sesekali menyentuh sensitiviti masyarakat, khususnya yang bertentangan dengan adab dan nilai budaya tempatan.
Terdahulu media melaporkan persembahan The 1975 di Good Vibes Festival 2023 di Litar Antarabangsa Sepang, malam tadi dihentikan selepas vokalisnya, Matty Healy menunjukkan pelbagai aksi kurang sopan di hadapan peminat.
Dia didakwa memegang botol arak ketika berada di atas pentas selain membuat ucapan menghina undang-undang Malaysia berkaitan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT).
The 1975 has been banned from Kuala Lumpur, Malaysia after Matty Healy and bandmate Ross MacDonald kissed on-stage during their set at Good Vibes Festival.
Before the kiss, Healy gave a speech on his disappointment in the country’s discrimination against the LGBTQIA+ community. pic.twitter.com/XcHuPHiYr5
— Pop Crave (@PopCrave) July 21, 2023