Pelakon Afifah Nasir sekali lagi menarik perhatian warganet, kali ini dengan aksi tariannya yang lincah.
Menerusi video yang dimuat naik di Instagram (IG), Afifah, atau nama penuhnya Nur Afifah Md Nasir, sedang menari tarian Bollywood.
Tarian tersebut adalah daripada sebuah filem popular lakonan Karisma Kapoor dan Salman Khan iaitu Dulhan Hum Le Jayenge.
“Skirt dah sama dah tapi hasil dia macam tu sebab saya tak pergi rehearsal. Jangan tanya kenapa Hariz tak buat. Saya pun tak boleh nak bayangkan kalau Hariz menari macam Salman Khan. Geli saya nanti.”
Lebih melucukan, video tersebut dirakamkan oleh kakak Afifah iaitu aktres Anzalna Nasir.
“Kalau ada dengar gelak hujung tu, jangan risau, tempat tu tak berhantu, itu Anzalna. Videographer mahal, saya tak boleh lama-lama. Dia bagi saya one take sahaja.”
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet geli hati melihat gelagat pelakon berusia 31 tahun tersebut, malah mereka juga tertarik dengan skirt yang digayakannya.
“Magic la baju dia! Ada kain tak ada kain lepas itu ada kain!”
View this post on Instagram
“Saya ingat skirt tu nak terlondeh tadi.”
“Aduh mula-mula tengok ingatkan kain terlucut nak jatuh, dua kali tengok bukan. Kelakarlah dia ni.”
“Aduhai skirt tu sama, mana nak beli skirt macam itu, nak beli juga.”