Akhirnya terbongkar kenapa minyak masak paket jarang ditemui di kedai

Photo of author

By Syima Iza

Akhirnya terbongkar kenapa minyak masak paket jarang ditemui di kedai.

Kehilangan minyak masak paket di pasaran akhirnya terbongkar selepas pihak berkuasa menemui sebanyak 870 kilogram minyak masak bersubsidi disimpan dan disorokkan di sebuah rumah kedai dua tingkat di Setiawan, Perak.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak bertindak pantas merampas semua minyak masak paket tersebut.

Akhirnya terbongkar kenapa minyak masak paket jarang ditemui di kedai

Selain itu, KPDN Perak turut menemui 87 kilogram minyak masak dalam botol pelbagai jenama yang disimpan melebihi had yang ditetapkan.

Pengarah KPDN Perak, Datuk Kamalludin Ismail, berkata serbuan dilakukan kira-kira jam 1.30 petang semalam selepas menerima aduan awam yang mendakwa terdapat aktiviti penjualan minyak masak peket 1 kilogram secara borong.

“Jumlah minyak masak yang ditemukan itu melebihi had yang dibenarkan dalam lesen.

“Seorang lelaki tempatan berusia 38 tahun mengaku sebagai pemilik premis tersebut dan akur serta faham dengan tindakan yang diambil oleh KPDN,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau menjelaskan hasil pemeriksaan lanjut ke atas premis berkenaan mendapati kedai runcit itu memiliki Lesen Runcit Barang Kawalan Berjadual (CSA) untuk gula, minyak masak, dan tepung gandum yang masih sah, dengan had kuantiti simpanan sebanyak 500 kilogram bagi setiap jenis barang kawalan tersebut.

Sehubungan itu, Kamalludin berkata tindakan kes telah diambil kerana premis tersebut disyaki melanggar Peraturan 10(1) Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1961, iaitu memiliki barang kawalan melebihi had yang dibenarkan Pengawal di dalam lesen.

“Semua minyak masak tersebut telah disita, dengan nilai sitaan dianggarkan berjumlah RM4,567.50,” katanya.

Baca Juga:
Ramai yang tak tahu, ini senarai 7 negara paling kecil di dunia, penduduk hanya ada 7 orang sahaja
Isteri pilih jadi ‘childfree’ selepas tak yakin jawapan suami yang kuat main game ML
Wanita tak sangka selepas rakam ibu 5 anak berniaga di tepi kaki lima dapat bantuan ramai dari netizen