“Akhirnya ada juga kedai macam ini dekat Malaysia”- Kedai Nasi Bukit Padang Jawa raih perhatian ramai

Photo of author

By Syima Iza

“Akhirnya ada juga kedai macam ini dekat Malaysia”- Kedai Nasi Bukit Padang Jawa raih perhatian ramai.

Setiap peniaga restoran sudah tentu akan mengambil kira jumlah keuntungan dalam setiap jualan. Namun, ada kalanya pemilik kedai terlalu mementingkan harga berbanding kualiti yang ditawarkan.

Keadaan ini membuatkan pelanggan merasa kecewa dengan setiap juadah yang diterima kerana ia dikatakan tidak berbaloi dengan harga yang dibayar.

"Akhirnya ada juga kedai macam ini dekat Malaysia"- Kedai Nasi Bukit Padang Jawa raih perhatian ramai

Walau bagaimanapun, masih ramai dalam kalangan golongan peniaga ini yang ikhlas dalam pekerjaan mereka dan mengamalkan konsep sedekah dalam berniaga.

Kedai Makan Nasi Bukit Padang Jawa Hidang Juadah Penuh 1 Pinggan

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok (@nurulsunflower) apabila seorang wanita dikenali sebagai Nurul berkongsi beberapa juadah yang dibeli bersama keluarganya di kedai makan Nasi Bukit Padang Jawa sekitar Shah Alam.

Kebiasaannya, orang ramai akan diberi saiz hidangan yang cukup untuk seorang makan bagi setiap menu yang dipesan. Namun, lain pula di gerai makan itu apabila peniaga memberikan makanan yang begitu banyak kepada pelanggannya.

Menerusi video perkongsian, kelihatan menu nasi goreng yang dipesan dihidangkan penuh dalam satu pinggan yang besar. Kalau anda lihat sendiri, memang banyak betul makanan itu.

Nasi putih yang dipesan dan diminta dalam kuantiti separuh juga kelihatan banyak. Tidak kelihatan langsung seperti ia dikurangkan. Difahamkan, kebanyakan juadah di sana berharga sekitar RM15 dan ke bawah.

“Berat weh pinggan, makcik tu relax je,” kata Nurul di ruangan komen.

Menurut Nurul, dia berasa kenyang sehingga keesokan harinya selepas menikmati makanan itu. Alhamdulillah, nama kedai sama seperti servisnya. Restoran Nasi Bukit, hidangan pun saiz ‘bukit’.

Ramai Puji Pemilik Kedai Tak Berkira Beri Makanan Yang Banyak

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai memuji pemilik kedai yang ikhlas berniaga kerana memberikan saiz hidangan yang begitu besar.

“Siapa yang nak bawa keluarga besar tapi nak jimat, sangat berbaloi makan dekat sini. Satu pinggan gunung macam ni boleh 3-4 orang makan,” kata seorang individu.

Malah, segelintir individu juga dilihat tertarik dan ingin mengunjungi kedai makan tersebut tidak lama lagi. Beberapa orang pelanggan berkata Nasi Bukit Padang Jawa menjadi lokasi pilihan mereka setiap kali mahu berjimat.

Sementara itu, ramai tidak terlepas menitipkan doa agar peniaga dimurahkan rezeki berpanjangan.

“Semoga pemilik kedai ni dilimpahkan rezeki selalu seperti air zam zam yang mengalir. Amin,” kata seorang pengguna TikTok.

@nurulsunflower Malas nk edit..enjoy je la eh..asyik fyp je nasi bukit ni..ramai yg mention suh gi sbb aku kuat makan..akhirnye sampai🤭🤭#nasibukitpadangjawa #viral ♬ France・Paris・Street corner・Musette Waltz(1310247) – Akihiro Kasuga

"Akhirnya ada juga kedai macam ini dekat Malaysia"- Kedai Nasi Bukit Padang Jawa raih perhatian ramai

"Akhirnya ada juga kedai macam ini dekat Malaysia"- Kedai Nasi Bukit Padang Jawa raih perhatian ramai

"Akhirnya ada juga kedai macam ini dekat Malaysia"- Kedai Nasi Bukit Padang Jawa raih perhatian ramai

"Akhirnya ada juga kedai macam ini dekat Malaysia"- Kedai Nasi Bukit Padang Jawa raih perhatian ramai

"Akhirnya ada juga kedai macam ini dekat Malaysia"- Kedai Nasi Bukit Padang Jawa raih perhatian ramai

"Akhirnya ada juga kedai macam ini dekat Malaysia"- Kedai Nasi Bukit Padang Jawa raih perhatian ramai

"Akhirnya ada juga kedai macam ini dekat Malaysia"- Kedai Nasi Bukit Padang Jawa raih perhatian ramai

"Akhirnya ada juga kedai macam ini dekat Malaysia"- Kedai Nasi Bukit Padang Jawa raih perhatian ramai

Baca Lagi:
Wanita ini minta orang ramai hentikan ‘Trend’ guna lagu Garam dan Madu kerana ia boleh menaikkan nafsu
Petua nak halau semut dalam rumah yang ramai orang tak tahu
Isteri makan hati, suami balik kerja layan handphone, waktu makan pun layan movie