Akaun satu KWSP tidak boleh dikeluarkan untuk tunai haji

Photo of author

By Syima Iza

Akaun satu KWSP tidak boleh dikeluarkan untuk tunai haji.

Bagi memastikan ahli mempunyai sekurang-kurangnya simpanan asas sebanyak RM240,000 untuk kelangsungan hidup ketika persaraan, kerajaan tidak membenarkan sebarang pengeluaran daripada Akaun Persaraan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), termasuk untuk tujuan mengerjakan ibadah haji, lapor Berita Harian.

“KWSP adalah sebuah institusi keselamatan sosial yang diberi mandat oleh kerajaan untuk membantu ahli menyediakan simpanan persaraan demi keperluan dan kesejahteraan hidup pada hari tua.”

Akaun satu KWSP tidak boleh dikeluarkan untuk tunai haji

“Pengeluaran untuk haji bagaimanapun boleh dilakukan melalui Akaun Sejahtera yang diperkenalkan sejak 2013 untuk ahli beragama Islam di bawah usia 55 tahun dan yang terpilih untuk mengerjakan ibadah haji oleh Lembaga Tabung Haji (TH),” jelasnya dalam Dewan Rakyat hari ini.

Tambahnya lagi, Akaun Persaraan, yang sebelum ini dikenali sebagai Akaun 1, bertujuan sebagai simpanan persaraan yang membabitkan 75 peratus daripada keseluruhan caruman.

“Walaupun begitu, ahli juga dibenarkan untuk membuat pengeluaran bagi tujuan lain seperti perumahan, insurans hayat, penyakit kritikal, pendidikan, kesihatan (penyakit kritikal dan kesuburan), serta pengeluaran pada usia 50 tahun melalui Akaun Sejahtera.

“Akaun Fleksibel juga diwujudkan untuk membenarkan ahli membuat pengeluaran bagi apa-apa tujuan pada bila-bila masa,” katanya.

Baca Lagi:
Lelaki jual harta kendong ibu lumpuh mengembara seluruh China
150 negara bakal terputus internet & komunikasi, setelit Boeing tiba-tiba meletup
Ina Naim dedah bakal kahwin dengan peminat sendiri, lelaki duda anak 2