Akaun Instagram ibu Zayn Rayyan tiba-tiba lesap

Akaun Instagram ibu Zayn Rayyan tiba-tiba lesap

Berita mengenai penahanan ibu bapa kepada kanak-kanak autisme Zayn Rayyan Abdul Matiin yang meninggal dunia dipercayai dibunuh di Damansara Damai tahun lalu menggemparkan negara pada Sabtu.

Susulan daripada itu, akaun media sosial seperti Facebook, Instagram, dan TikTok milik ibu kepada Zayn, iaitu Ismanira Abdul Manaf, 29, menjadi tumpuan netizen bagi melihat hantaran terkini.

Bagaimanapun, hasil tinjauan Sinar Harian mendapati akaun Instagram sudah tiada, tetapi akaun TikTok dan Facebook masih wujud. Menjengah ke laman Instagramnya, akaun milik Ismanira juga sudah dinyahaktif, manakala akaun TikTok dia telah diletakkan dalam mod privasi.

Akaun Instagram ibu Zayn Rayyan tiba-tiba lesap

Menerusi Facebook miliknya, kali terakhir dia memuat naik hantaran adalah pada 15 Februari lalu. Ismanira sebelum ini dilihat aktif berkongsi mengenai anak-anaknya di TikTok dan Instagram, termasuklah rantaian hantaran sedih mengenai kematian Zayn Rayyan.

Sebelum ini, media melaporkan pasangan berusia 28 tahun terbabit dipercayai ditahan di kediaman keluarganya di Puncak Alam, Selangor kira-kira jam 11 pagi Jumaat. Pasangan itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya untuk tujuan dokumentasi dan siasatan lanjut.

Dalam pada itu, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan memaklumkan siasatan ke atas ibu bapa Zayn dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Ujarnya, suami isteri itu ditahan berdasarkan hasil maklumat risikan dan siasatan dari hari pertama kejadian tersebut.

Pada 6 Disember lalu, kanak-kanak malang berusia enam tahun itu ditemui meninggal dunia di anak sungai, berhampiran kawasan Apartmen Idaman, Damansara Damai pada jam 10 malam. Mayat kanak-kanak itu ditemukan di kawasan saliran air kira-kira 200 meter dari kediaman keluarganya di Apartmen Idaman, Damansara Damai oleh orang awam yang menyertai operasi mencari mangsa.

Mangsa kemudian disahkan dibunuh berdasarkan hasil bedah siasat yang menemui kesan kecederaan pada leher dan badannya. Sehari sebelum itu, polis mengesahkan menerima laporan kehilangan kanak-kanak terbabit pada jam 6.30 petang oleh keluarganya.

Baca Juga:
Bekas Datuk Bandar PBT Johor ditahan terima rasuah lebih RM1 juta
Ibu bapa Zayn Rayyan dtahan polis
Lelaki gagal SPM bangga bergaji RM3,500, sekali pakcik ini bagi ‘respon pedas’ buat netizen tergelak besar
CATEGORIES