AJL37: Busana Nabila Razali, Janna Nick jadi kecaman netizen. Di sebalik teka-teki lagu yang bakal merangkul trofi Anugerah Juara Lagu Ke-37 (AJL37), malam bersejarah itu turut dihangatkan dengan penampilan selebriti yang hadir memberikan sokongan kepada acara tahunan berprestij tersebut.
Antara yang mencuri perhatian adalah kemunculan penyanyi, Nabila Razali dan pelakon popular, Janna Nick apabila busana yang mereka gayakan menjadi bualan ramai.
Nabila yang menyarung busana rona biru putih rekaan Teh Firdaus tular di media sosial apabila ada yang mendakwa pakaian tersebut menyerlahkan susuk tubuh penyanyi tersebut.
“Joe Flizzow lebih patuh syariah berbanding Nabila. Terlalu ikut badan,” komen seorang netizen.
“Nabila sudah macam opera singer dalam filem Fifth Element,” tambah seorang lagi netizen.
Manakala Janna yang menggayakan busana berkilauan turut mengundang kecaman segelintir warganet yang kurang senang dengan persalinan yang agak seksi itu.
Malah, ada yang mempersoalkan sama ada baju tersebut tidak sempat disiapkan sehingga banyak bahagian baju yang tidak disambung.
“Seram tengok baju Janna,” komen seorang netizen.