Aisyah Hijanah fail cerai terhadap Alif Teega

Photo of author

By Syima Iza

Aisyah Hijanah fail cerai terhadap Alif Teega.

“Doakan saya, ujian saya sangat berat.” Itulah reaksi pempengaruh media sosial, Aisyah Hijanah Azhari berkaitan tuntutan cerai yang difailkan di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Gombak Timur baru-baru ini.

Memetik laporan portal tempatan, Aisyah menyatakan bahawa keputusan tersebut diambil berdasarkan pertimbangannya sendiri.

Aisyah Hijanah fail cerai terhadap Alif Teega

“Saya sendiri memang pilih jalan untuk berpisah, bukan disebabkan sesiapa. Saya tak nak kongsi lebih lanjut sebab ia sangat peribadi dan libatkan ramai orang,” katanya pada Ahad.

Pempengaruh berumur 26 tahun itu mengakui bahawa ujian yang sedang dilaluinya kini amat berat untuk ditempuhi.

“Saya harap orang ramai mendoakan agar urusan rumah tangga saya dipermudahkan.

“Sejak bulan lepas sebenarnya saya failkan penceraian, doakan saya sebab ujian saya sangat berat,” jelas ibu kepada tiga orang anak ini.

Pasangan pempengaruh, Aisyah dan Alif Teega atau nama sebenarnya Mohd Hazalif Mohd Hazani, telah mendirikan rumah tangga pada 25 November 2017. Mereka kemudian dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Khadeejah Hijanah, Muhammad Hassan Syarif, dan Safiyyah Hijanah.

Rumah tangga pasangan ini mula menjadi perhatian apabila Alif berkahwin buat kali kedua dengan seorang wanita yang dikenali sebagai Fatin Umaidah di Thailand.

Baca Juga:
Ramai kagum lihat lelaki ini buat tudung saji guna botol plastik besar
Kisah Professor Matematik peluk Islam selepas baca Al-Quran
Nak menikmati sunset yang cantik? Ini 5 port yang paling best!