Aircond Inverter vs Non Inverter, yang mana satu lebih baik? Jangan tersalah beli ya!

Photo of author

By Syima Iza

Aircond Inverter vs Non Inverter, yang mana satu lebih baik? Jangan tersalah beli ya!

agi anda yang nak membeli aircond mungkin nampak seperti tugas yang mudah. Pilih sahaja salah satu jenama yang anda percayai dan produk yang sesuai dengan bajet anda, bukan? Malangnya, ia tidak semudah itu. Anda mempunyai banyak perkara yang perlu dipertimbangkan untuk membeli aircond dengan betul. Jangan tersalah beli ya. Alamatnya nanti tak cukup sejuk ,rugi jer beli aircond tu. Selain daripada nama jenama dan harga aircond itu, anda juga harus memikirkan tentang susun atur rumah atau bilik anda, berapa horsepower yang ideal untuk keperluan penyejukan, dan jenis aircond yang paling sesuai untuk anda samaada inverter atau non inverter.

Di dalam blog ini,kami akan cuba membantu anda untuk memahami aircond jenis inverter dan non inverter, kita akan bincang tentang perbezaannya, kebaikan dan keburukannya. Dengan itu, inshaAllah anda boleh membuat pilihan aircond yang terbaik untuk rumah anda.

Aircond Inverter vs Non Inverter, yang mana satu lebih baik? Jangan tersalah beli ya!

Apa itu Aircond Inverter?

Sistem Inverter adalah satu teknologi yang dicipta untuk menghilangkan kepanasan suhu dengan menggunakan tenaga elektrik yang tidak terlalu kuat. Aircond Inverter menggunakan kelajuan boleh laras, yang membantu mengawal kompressor. Dengan cara ini, ia dapat memberikan prestasi terbaik kepada pengguna.

Aircond Inverter berfungsi dengan bermula pada kelajuan rendah. Oleh itu, ia menggunakan lebih sedikit kuasa elektrik semasa permulaan, sebelum perlahan-lahan meningkat sehingga mencapai kapasiti maksimum. Sebab itu kita tidak perlu menunggu lama untuk mencapai suhu yang diingini. Penyejukan juga praktikal kerana tahap suhu boleh dikekalkan. Yang best lagi, sistem aircond inverter ini hanya menggunakan tenaga elektrik yang minimum.

Aircond Inverter mengawal kekerapan kuasa yang dibekalkan kepada motor kompressor. Motor khusus ini bertanggungjawab untuk mengekalkan dan mengawal kelajuan putaran kipas kompressor.

Kompressor adalah sebahagian komponen aircond yang bertugas untuk mengawal aliran bahan pendingin dan oleh itu, ia mengawal penyejukan atau pemanasan yang diperlukan. Tugas aircond adalah untuk mengekalkan suhu bilik, tidak kira jenis aircond inverter atau aircond non inverter. Ia memanaskan dan menyejukkan bilik apabila perlu.

Dengan menggunakan teknologi inverter, unit aircond tersebut melaraskan suhu bilik dengan menukar kelajuan motor tanpa memerlukan motor di hidupkan atau di matikan sendiri.

Sebagai perbandingan, aircond non inverter mempunyai kelajuan motor yang tetap. Cara melaraskan suhu bilik adalah dengan menghidupkan dan mematikan motor kompressor. Malangnya kaedah ini menggunakan lebih banyak tenaga elektrik.

Untuk memudahkan pemahaman anda tentang aircond inverter dan aircond non inverter, disini anda cuba bayangkan kedua-dua sistem ini sebagai pelumba lari marathon. Teknik larian marathon yang sebenar ialah tidak terus pecut tetapi berlari perlahan-lahan tetapi konsisten tanpa henti. Sekiranya mereka terus memecut, mereka akan pancit dan akan menghentikan larian. Sistem aircond non inverter adalah bersamaan dengan seorang pelumba lari yang terus memecut dengan pantas dan kemudian berhenti berehat seketika sebelum memulakan larian semula dan berhenti berehat lagi apabila kepenatan semula.

Rutin mula dan henti ini bukan sahaja tidak praktikal tetapi juga menggunakan lebih banyak tenaga elektrik. Kita dapat lihat kipas dan motor kompressor aircond non inverter akan berpusing dan berjalan dengan laju dan berhenti selepas suhu sejuk, apabila suhu panas,ia akan berjalan dan berpusing semula. Sebaliknya, aircond inverter adalah serupa dengan pelumba lari yang berlari dengan perlahan lahan tetapi konsisten tanpa berhenti berehat. Kita dapat lihat kipas dan motor aircond itu bergerak secara konsisten tanpa henti.

Apa itu Aircond Non Inverter?

Unit aircond standard selalunya dikategorikan sebagai aircond non inverter. Harganya yang lebih berpatutan membuatkannya banyak di pasang di rumah-rumah sejak 20 tahun yang lalu. Aircond Non Inverter dalam bahasa yang paling ringkas, ialah sistem dengan motor kompressor yang berkelajuan tetap. Ia berfungsi pada prinsip “semua atau tiada”, tidak seperti Aircond Inverter. Ini bermakna kompressor akan dimatikan dan dihidupkan dan bukannya mengekalkan rentak yang sama sepanjang masa.

Sebagai contoh, katakan anda menetapkan suhu aircond kepada 26 darjah. Apabila bilik mencapai suhu ini, kompressor akan mati sendiri secara automatik. Kemudian apabila suhu bilik menjadi suhu yang lebih tinggi daripada 26 darjah, maka motor kompressor mula berjalan semula untuk mencapai suhu 26 darjah. Kitaran berulang. Di sebabkan motor dan kipas kompressor yang hidup dan mati secara kerap telah memaksa kompressor untuk bekerja keras dengan mengunakan kuasa elektrik yang lebih tinggi. Itulah sebabnya aircond non inverter agak bising apabila ia dijalankan.

Perbezaan Utama antara Aircond Inverter dan Non-Inverter

Di dalam sistem aircond non inverter, kompressor boleh hidup dan mati. Apabila dihidupkan, ini bermakna bahagian sistem ini berjalan pada kapasiti penuh. Oleh itu, ia juga menggunakan banyak kuasa elektrik. Setelah termostat mencapai keperluan suhu yang ditetapkan, pemampat akan berhenti berfungsi. Sistem Aircond Inverter menukar jenis kuasa yang digunakan iaitu daripada arus ulang alik (AC) kepada arus terus (DC) dan sebaliknya.

Di dalam teknoogi Aircond Inverter, kompressor mengendalikan frekuensi bekalan kuasa motor. Mereka melaraskan unit indoor untuk menjadi sejuk atau panas. Di dalam sistem Aircond Inverter,kompressor mempunyai kelajuan yang berubah-ubah. Sementara itu, di dalam sistem Aircond Non Inverter, kompressor mempunyai satu kelajuan, yang ditetapkan pada setiap masa. Prinsip Sistem Aircond Non Inverter ini ialah “semua atau tiada.” Oleh itu, ia menghidupkan atau mematikan apabila diperlukan.

Kelebihan Aircond Inverter :-

Mari kita lihat kelebihan yang ada pada Aircond Inverter :-

1. Sistem Aircond Inverter menggunakan tenaga elektrik yang rendah.

2. Kompressor aircond inverter beroperasi dengan tidak terlalu bising berbanding non inverter.

3. Aircond Inverter cepat sejuk berbanding Non-Inverter

Kekurangan Aircond Inverter :-

1. Harganya lebih mahal berbanding Non Inverter

2. Kos pemasangan tinggi

3. Mantenance dan spare part juga agak mahal

Kelebihan Aircond Non Inverter :-

1. Harganya rendah berbanding Aircond Inverter

2. Kos sparepart berpatutan

3. Maintenance yang rendah

Kekurangan Aircond Non Inverter :-

1. Bunyi kompressor aircond non inverter agak sedikit kuat apabila kipas berpusing dan motor berjalan

2. Tenaga elektrik yang digunakan agak tinggi

Jadi, yang mana satu yang terbaik untuk anda ?

Aircond Inverter atau Aircond Non Inverter ? Jawapannya ialah ianya bergantung kepada bagaimana penggunaan anda.

Sekiranya anda hanya memerlukan beberap jam sahaja aircond di buka, selepas sejuk anda akan tutup, maka pilihan yang terbaik ialah Aircond Non Inverter.

Sekiranya anda menggunakan aircond terus tanpa henti, contohnya dari malam hingga ke pagi keesokkan harinya, adalah lebih baik anda memilih Aircond Inverter.

Baca Lagi:
5 aroma ini paling ditakuti lipas, berkesan untuk mengusir lipas didalam rumah!
Brother ini curi masa solat atas ‘excavator’, majikan dari China hanya senyum tak kata apa-apa
35 nelayan jadi jutawan segera selepas jumpa muntah ikan paus seberat 127 kilogram, ahli perniagaan UAE beli dengan harga RM6.20 juta