Air mata Sajat gugur dapat dengar suara anak di telefon, netizen turut menangis

Air mata Sajat gugur dapat dengar suara anak di telefon, netizen turut menangis

Sepotong video usahawan dan selebriti media sosial, Nur Sajat yang kelihatan sedih ketika membuat panggilan video bersama anak-anaknya meraih perhatian netizen.

Menerusi video yang dikongsi oleh Sajat, difahamkan, salah seorang anaknya membuat permohonan maaf kerana dikatakan sebelum ini tidak mahu bercakap dengan Sajat apabila di telefon.

Sejurus mendengar permohonan maaf tersebut Sajat terus kelihatan sebak sehingga tidak dapat menahan air matanya.

Air mata Sajat gugur dapat dengar suara anak di telefon, netizen turut menangis

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut berduka lara melihat kesedihan Sajat sehinggakan ada yang turut menangis.

“Dengan aku sekali nangisnya. Aku faham perasaan sajat rindu anak dia.

“Bab anak cepat betul dia nangis kesian dia hm.

@nursajatlegacymy hanya rindu… #nursajatlegacymy #sajatvideo #sajatlive #sajat ♬ original sound – NURSAJAT LEGACY COSMETIC MY

“Sedih tengok Sajat berjauhan dengan anak-anak nampak sangat dia sayang betul anak-anak angkat dia, dia jaga dari baby dah macam anak sendiri dia sayang.

“Nampak dia je kuat. Tapi kita semua tahu kalau bab anak dia memang sensitive. Melawak melawak juga. Tapi kagum betul dengan Sajat,” tulis beberapa netizen sedih.

Sekadar info, usahawan sensasi ini telah dikurniakan dua anak angkat iaitu Nur Syaza Sajidah dan Muhammad Syahmi.

Baca Juga:
*”Walaupun grammar berterabur, tapi English dia semakin baik” – Netizen kagum Sajat dah pandai English!
Sajat masuk pertandingan mak nyah Australia, peraga busana ‘ Langkasuka Kedah’
Bayi hampir maut, suami isteri sedang ‘khayal’ dadah bancuh susu dengan syabu
CATEGORIES