Air laut Thailand menjijikkan, penuh dengan najis manusia.
Penduduk di pulau Koh Phangan, Thailand, berdepan dengan situasi menjijikkan apabila air laut di kawasan itu dipenuhi dengan sisa kumbahan pelancong, lapor portal berita Times Now semalam.
Menerusi rakaman video yang dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @less_travelled_, air laut kelihatan keruh dan berwarna keperangan seperti najis manusia.
Lebih mengejutkan, pantai tersebut turut dipenuhi dengan najis manusia, mencetuskan kebimbangan dalam kalangan penduduk tempatan.
Insiden ini berlaku semasa acara Pesta Bulan Penuh, yang diadakan setiap bulan dan menarik ribuan pelancong dari seluruh dunia.
Difahamkan, pelancong yang mabuk sering membuang air besar dan kecil secara terbuka di dalam laut, tanpa memikirkan kesan terhadap alam sekitar.
Rakaman itu mendapat lebih 641,000 tontonan dan mengundang kemarahan netizen.
@less_travelled Sewage in the water #thailand #kohphangan #fullmoonparty #travel ♬ original sound – Less-Travelled
“Thailand dimusnahkan oleh pelancong yang bodoh!” kata seorang pengguna media sosial dengan nada kesal.