Air laut terbelah dua di Kota Bharu, Kelantan

Photo of author

By Syima Iza

Air laut terbelah dua di Kota Bharu, Kelantan.

Fenomena air laut terbelah atau terbahagi dua, seperti yang berlaku di beberapa tempat terutamanya di Langkawi baru-baru ini, kini turut berlaku di Kota Bharu, Kelantan.

Kejadian ini berjaya dirakam oleh juruvideo Shah Saleh, yang menunjukkan fenomena tersebut berlaku apabila air Sungai Kelantan bertemu dengan air Laut China Selatan di Kuala Besar, Kota Bharu.

Air laut terbelah dua di Kota Bharu, Kelantan

Klip video yang dirakam menggunakan dron itu menunjukkan keajaiban alam yang berlaku selepas negeri itu dilanda bencana banjir besar sejak hujung minggu lalu.

“Air Sungai Kelantan bertemu dengan air Laut China Selatan di Kuala Besar. Di sinilah penghujung air Sungai Kelantan dan ia bertemu dengan air laut.
“Ini sudah tertulis dalam al-Quran, di mana Allah menjadikan air laut terbelah dua, satu masin dan satu lagi air tawar. Allah juga menciptakan air sungai di bawah lautan yang luas,” tulisnya.

Katanya lagi, air tawar yang berada di bawah lautan besar itu diciptakan agar tidak bercampur dengan air masin dari laut.

“Sungguh besar ciptaan Allah di atas muka bumi ini, Subhanallah,” ujarnya.

@ameydeen_ Air Sungai Kelantan bertemu air Laut China Selatan di Kuala Besar. Di situlah pengakhiran air Sungai Kelantan dan akan bertemu air laut. Ini sudah tertulis dalam al-Quran di mana Allah telah jadikan air laut terbelah dua yang satunya masin dan satu lagi air tawar dan Allah ciptakan juga di bawah lautan yang besar dan luas terdapat air sungai, air tawar di bawah lautan besar itu diciptakan tidak sama sekali akan bercampur dengan air masin dari laut. Sungguh besar ciptaan Allah di atas muka bumi ini, Subhanallah. Kredit Video : FB Shah Saleh #fenomenaairlaut #fyp #lautterbelah #sungaikelantan #lautchinaselatan #foryou #kualabesarkotabharu #keajaibanalam #foryoupage ♬ Cinta Pantai Merdeka_Jinbara – Abg Jiwang_Official

Baca Lagi:
“Aku disisih keluarga sebab pilih suami tak berharta, tak sangka ada insan pengotor yang bantu aku dan suami”
‘Trip Nikah Thailand’ tawar nikah dulu bayar kemudian raih perhatian ramai, caj serendah RM1, 699
Korea Selatan negara pertama bakal ‘Pupus’ dari peta dunia, ini sebabnya