Ahli politik Sweden bakar Al-Quran, ini respon PM Anwar

Ahli politik Sweden bakar Al-Quran, ini respon PM Anwar

Ahli politik Sweden bakar Al-Quran, ini respon PM Anwar. Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Islamofobia ahli politik sayap kanan Sweden, Rasmus Paludan yang membakar al-Quran di Stockhlom, pada Sabtu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan Sweden perlu mengambil tindakan tegas terhadap pelaku dan memastikan langkah drastik diambil pada masa depan dalam menangani kebangkitan Islamofobia yang membimbangkan itu.

Katanya, tindakan mencemar kitab suci umat Islam secara terang-terangan oleh ahli politik Sweden terbabit dan tiada sebarang tindakan diambil, ibarat bersetuju membiarkan Islamofobia.

Ahli politik Sweden bakar Al-Quran, ini respon PM Anwar

“Ia juga merupakan provokasi besar terhadap sensitiviti bukan sahaja Turkiye tetapi lebih daripada dua bilion umat Islam di dunia.

“Malaysia mengecam jenayah yang berulang-ulang kali berlaku itu yang menyasarkan umat Islam di dunia,” katanya dalam satu hantaran di Facebooknya pada Ahad.

Pada Sabtu, Rasmus Paludan telah membakar naskhah Al-Quran di Stockholm, Sweden di khalayak umum.

Jelas Anwar, Malaysia juga mengecam segala bentuk hasutan untuk membenci dan menyemarakkan perkauman sama ada dalam bentuk perkataan atau perbuatan.

“Malaysia mengulangi pentingnya menegakkan prinsip dialog, penglibatan dan saling hormat-menghormati dalam menyelesaikan pertikaian.

Baca Lagi:
Terjerat cinta palsu, janda rugi RM113,000 ditipu ahli perniagaan dari Istanbul
Ratu cantik Malaysia kongsi detik cemas diganggu lelaki misteri berjubah putih
Puas hati aku! Kalau semua berani buat macam ni, rasanya tak ramai yang berani nak cucuk untuk Tol Free
CATEGORIES