Ahli Parlimen Thailand dedah perangai rakyat Kelantan

Photo of author

By Syima Iza

Ahli Parlimen Thailand dedah perangai rakyat Kelantan.

Golok, sebuah bandar sempadan yang dahulunya sunyi, kini kembali hidup dengan kehadiran pelancong dari Malaysia, terutamanya dari negeri Kelantan.

Menurut laporan NSTP, lebih daripada 40 pusat hiburan di bandar ini kini menjadi tumpuan ramai pengunjung, dan kebanyakan mereka memilih kelab malam yang beroperasi di hotel-hotel di kawasan tersebut. Amin Mat Yusof, ahli parlimen bagi daerah Golok dan Takbai, menjelaskan daya tarikan Golok kepada rakyat Malaysia, khususnya warga Kelantan, terletak pada kemudahan dan keselesaan yang ditawarkan di kelab malam dalam hotel.

Ahli Parlimen Thailand dedah perangai rakyat Kelantan

“Orang ramai datang ke sini untuk berhibur, bersantai, dan menikmati suasana malam. Tak semua yang datang ke sini terlibat dengan aktiviti negatif seperti penyalahgunaan dadah,” jelasnya.

Namun, ketenangan ini tergugat minggu lalu apabila pihak berkuasa tempatan mengadakan operasi besar-besaran di beberapa pusat hiburan selepas penangkapan enam warga Malaysia dan rampasan 6,000 pil yaba (dadah amfetamin) di sebuah hotel.

Seorang daripada yang ditahan ialah seorang penyanyi dikir barat wanita dari Kelantan, yang menyebabkan isu ini menarik perhatian yang lebih besar dalam kalangan masyarakat.

Operasi besar-besaran ini bertujuan memberi amaran keras kepada semua pemilik kelab malam agar tidak membenarkan sebarang aktiviti penyalahgunaan dadah dalam premis mereka.

Amin menegaskan, “Jika dadah ditemui di mana-mana premis, lesen operasi mereka akan digantung selama lima tahun.”

Walaupun pihak berkuasa berusaha membersihkan nama industri hiburan, isu ini telah menyebabkan kemerosotan ketara dalam bilangan pengunjung di kelab malam sekitar Golok.

Sebelum ini, sesetengah pusat hiburan di Golok perlu menjalankan sistem giliran untuk menangani jumlah pengunjung yang tinggi.

Namun, sejak operasi polis, jumlah pengunjung telah menurun, dan beberapa kelab malam kini mengalami kekurangan pelanggan yang ketara.

Penangkapan enam warga Malaysia baru-baru ini, termasuk penyanyi dikir barat, mencetuskan perdebatan panas dalam masyarakat.

Amin menggesa masyarakat supaya tidak menilai industri hiburan Golok hanya berdasarkan kes-kes yang terpencil ini.

“Jika keseluruhan industri dihukum akibat kesalahan segelintir individu, ia boleh menjejaskan ekonomi tempatan,” katanya.

Baca Juga:
Wanita bertudung dikecam netizen kerana ziarah kubur Kristian, ini penjelasan sebenar tuan badan
PMX kongsi gambar di Instagram, netizen komen suruh berehat seminggu
Betul ke Ruhainies & Zul Ariffin dah berkahwin?