Ahli Parlimen ponteng sidang Dewan Rakyat, nama dicadang dipapar di laman web

Ahli Parlimen ponteng sidang Dewan Rakyat, nama dicadang dipapar di laman web

Ahli Parlimen ponteng sidang Dewan Rakyat, nama dicadang dipapar di laman web.

Nama-nama Ahli Parlimen yang didapati dengan sengaja tidak hadir atau ‘ponteng’ sidang Parlimen mungkin akan dipaparkan di laman web Dewan Rakyat supaya pengundi kawasan parlimen mereka maklum perkara tersebut.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul berkata ia antara beberapa penambahbaikan yang akan dilaksanakan bagi meningkatkan kehadiran Ahli Parlimen dalam sidang Dewan Rakyat kerana mereka mempunyai tugas dan tanggungjawab terhadap pengundi serta kawasan parlimen yang diwakili.

Ahli Parlimen ponteng sidang Dewan Rakyat, nama dicadang dipapar di laman web

Katanya, cadangan itu akan dibincangkan oleh beliau dengan jawatankuasa Parlimen yang turut dianggotai oleh Ahli-Ahli Parlimen daripada pihak pembangkang dan juga kerajaan.

“Saya akan bincang perkara ini kerana saya tidak boleh terus berikan arahan. Selepas perbincangan akan putuskan bila akan mula.

“Seelokknya kita mulakan (paparkan nama di laman web) secepat mungkin, mungkin pada persidangan yang akan datang, ini antara penambahbaikkan yang kita akan buat kerana ia akan berikan peluang kepada masyarakat yang memilih mereka bertanya di manakah Ahli Parlimen berkenaan menghilangkan diri,” katanya di sini hari ini.

Johari, yang merupakan Ahli Majlis Pengakap Negara, ditemui selepas merasmikan Persidangan Pertubuhan Kerjasama Serantau Pengakap ASEAN (ASARC) ke-18 di sini yang turut dihadiri pemimpin pengakap dari negara-negara ASEAN.

Katanya, beliau faham tugas Ahli Parlimen yang banyak dan ada antara mereka tidak dapat menghadiri sidang Dewan Rakyat kerana terpaksa menghadiri mesyuarat di lokasi lain dan ada juga yang perlu melaksanakan tugas di luar negara.

”Mana-mana Ahli Parlimen yang tidak hadir bersebab mereka boleh terus maklumkan kepada Speaker bertugas, sekurang-kurangnya kita tidak akan menganggap mereka ponteng sidang Dewan Rakyat,” katanya.

Beliau menyifatkan gejala ponteng sidang Dewan Rakyat dalam kalangan Ahli Parlimen adalah tidak serius kerana mereka masih menghadiri persidangan kecuali mempunyai tugas di luar ketika sidang berlangsung.

Baca Lagi:
Pengantin lelaki terkejut isteri ‘serbu’ majlis perkahwinan
Rider sesak nafas ‘dikunci’ lelaki blazer merah selepas bergaduh mulut dengan pengawal keselamatan
“Jangan sampai saya dedahkan wajah awak” – Fathia beri ‘warning’ tukang fitnah tuduh Uqasha Senrose punca kematian wanita
CATEGORIES