Ahli Parlimen Bukit Gantang pula umum sedia sokong PM Anwar

Photo of author

By Syima Iza

Ahli Parlimen Bukit Gantang pula umum sedia sokong PM Anwar.

Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal menyatakan kesediaannya untuk memberikan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Jika menjadi kenyataan, beliau akan menjadi ahli Parlimen pembangkang kelima yang menyokong kerajaan selepas Zahari Kechik (Jeli), Mohd. Azizi Abu Naim (Gua Musang), Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar) dan Datuk Dr. Suhaili Abdul Rahman (Labuan).

Ahli Parlimen Bukit Gantang pula umum sedia sokong PM Anwar

Katanya, sokongan itu akan diberikan jika permohonan peruntukan RM30 juta di kawasannya diluluskan di bawah Belanjawan 2024.

“Saya dengan ikhlas menyampaikan suara pengundi dan penduduk Bukit Gantang, dengan hati yang ikhlas. Saya juga ingin melihat sejauh mana kerajaan Madani ini adil dalam memberikan peruntukan.

“Saya memohon jika saya mendapat peruntukan untuk membangunkan kawasan saya, saya akan beri sokongan kepada Datuk Seri dan kerajaan Madani,” katanya ketika membahaskan Belanjawan 2024 di peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah di Dewan Rakyat, hari ini.

Jelasnya, permohonan peruntukan itu meliputi kerja penyelenggaraan Tabika Kemas berjumlah RM1.05 juta, pembangunan ekonomi komuniti (RM90,000) dan kemudahan ameniti sosial (RM3 juta).

Selain itu, beliau juga memohon peruntukan pemasangan lampu jalan kampung dan lingkaran jalan luar bandar serta pembangunan desa di kawasan Parlimen yang mempunyai tiga Dewan Undangan Negeri (DUN) dan lima mukim yang meliputi sebanyak RM16 juta.

Baca Lagi:
‘Hati saya di Gaza’ – Jururawat Amerika kongsi pengalaman menyentuh jiwa selama 26 hari di Gaza
Wanita tenung 3 minit sebelum larikan jongkong emas bernilai RM29,000 di Melaka
‘Jual rantai, sedekah pada anak yatim jika saya syahid’ – Wasiat kanak-kanak Palestin 11 tahun undang sebak