Ahli Parlimen berhak tarik sokongan jika tak puas hati dengan pentadbiran kerajaan – Tun M

Photo of author

By Syima Iza

Ahli Parlimen berhak tarik sokongan jika tak puas hati dengan pentadbiran kerajaan – Tun M. Ahli Parlimen berhak menarik sokongan sekiranya tidak berpuas hati dengan pentadbiran kerajaan sedia ada.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed berkata, tindakan tersebut tidak menyalahi undang-undang.

“Saya berpendapat kalau satu kerajaan itu tidak mentadbir dengan baik, ahli parti sepatutnya menjatuhkan kerajaan dan pilih yang lain seperti mana berlaku sewaktu (Tan Sri) Muhyiddin Yassin menjadi Perdana Menteri.

Ahli Parlimen berhak tarik sokongan jika tak puas hati dengan pentadbiran kerajaan - Tun M

Pada masa itu, UMNO tidak puas hati, UMNO tarik sokongan dan Muhyiddin jatuh dan digantikan dengan orang UMNO,” katanya menerusi sidang akhbar di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini pada Selasa.

Dr Mahathir berkata demikian mengulas keyakinannya Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dapat ditadbir sehingga tamat penggal.

Sementara itu, mengulas keyakinannya sama ada kerajaan hari ini mampu menyelesaikan masalah orang Melayu, Dr Mahathir berkata:

“Saya tak yakin sama sekali, kerana dia berpendapat bahawa tidak ada masalah khusus untuk orang Melayu sahaja. Semua masalah adalah bersama sebagai sebuah negara berbilang kaum,” katanya.

Baca Lagi:
12 lagi warga Malaysia mangsa penipuan sindiket tawaran pekerjaan di Kemboja diselamatkan- PM Anwar
2,000 kepala mumia kambing biri-biri zaman firaun Ramses II ditemui di Mesir
Pakcik pengawal keselamatan minta tolong aku pindahkan duit belanja sebulan RM30 kepada anaknya belajar di Universiti buat aku terkedu.