Ahli kumpulan Blackpink, Jisoo dinobatkan sebagai wanita tercantik di dunia 2023

Photo of author

By Syima Iza

Ahli kumpulan Blackpink, Jisoo dinobatkan sebagai wanita tercantik di dunia 2023.

Ahli kumpulan Blackpink, Jisoo telah dinobatkan sebagai Wanita Tercantik di Dunia 2023 oleh Majalah Nubia yang berpangkalan di United Kingdom.

Tak dapat dinafikan, dimensi dan struktur wajah Jisoo atau nama sebenarnya Kim Ji-s00 yang sempurna memberi kelebihan kepada gadis kecil molek ini untuk muncul sebagai wanita tercantik di dunia.

Menerusi Nubia Page, undian dan tinjauan oleh majalah Nubia telah berlangsung selama tiga bulan iaitu bermula 1 Julai 2023. Pencalonan bagi mencari pemilik wanita tercantik di dunia terdiri daripada hampir 40 orang selebriti wanita dari seluruh pelosok dunia. Tinjauan yang dipromosikan secara meluas oleh Majalah Nubia berjaya mengumpul lebih 1 juta undian daripada peserta di 116 negara.

Ahli kumpulan Blackpink, Jisoo dinobatkan sebagai wanita tercantik di dunia 2023

Berjaya meraih lebih daripada 200 ribu undian dari 86 negara, pelakon dan ahli kumpulan Blackpink dari Korea Selatan iaitu Kim Ji-soo dinobatkan sebagai wanita tercantik di dunia 2023 oleh Majalah Nubia.

Sekadar info, Kim Ji-soo juga menyandang anugerah wanita tercantik di dunia 2022 dan berjaya menewaskan penyanyi Taiwan, Chou Tzuyu, yang menduduki tempat kedua dan Lalisa Manoban di tempat ketiga.

Ahli kumpulan Blackpink, Jisoo dinobatkan sebagai wanita tercantik di dunia 2023

Baca Lagi:
Lelaki bina pagar setinggi 4.5 meter keliling rumah, 55 tahun tak keluar rumah kerana takut perempuan
‘Siapalah punya kerja nie’ wanita menggigil jumpa kamera pada pelekat ‘flush rosak’ di tandas stesen minyak
Main Tinder nak cari jodoh, lelaki terkejut jumpa hantu menyamar jadi gadis ayu