Ahli kelab kereta berkumpul masak mi segera di stesen minyak Genting Highlands dikecam orang ramai

Ahli kelab kereta berkumpul masak mi segera di stesen minyak Genting Highlands dikecam orang ramai

Tindakan sekumpulan individu dipercayai ahli kelab kereta berkumpul sambil memasak mi segera di sebuah stesen minyak dipercayai di Genting Highlands menerima kecaman ramai.

Kejadian itu menjadi perbualan warganet selepas video berdurasi 56 saat memaparkan mereka memasak mi segera menggunakan dapur secara terbuka.

Kumpulan itu turut dirakam menjamu selera sebelum sebuah kereta peronda polis (MPV) dilihat hadir ke lokasi berkenaan.

Ahli kelab kereta berkumpul masak mi segera di stesen minyak Genting Highlands dikecam orang ramai

“Dekat stesen minyak nak hisap rokok pun tak boleh, dia siap masak. Tanda amaran larangan merokok, mati enjin kereta ada di situ tapi budak-budak ini bawak api masak terus dekat situ.”Memang cari nahas betul, kalau meletup habis semua. Dia tak tahu ke mana-mana stesen minyak itu mudah terbakar?” itu antara komen warganet di media sosial.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, pihaknya tidak menerima sebarang laporan berhubung kejadian terbabit.

Baca Juga:
Pemuda kongsi pengalaman 4 hari masuk lokap sebab tak bawa IC, balik rumah kena mandi air limau
YouTuber terkenal maut selepas ditikam rakan pesaing sewaktu bersiaran langsung
Woi, tutup telefon kau!” – Pemandu Proton Iriz main game ketika memandu kena tengking
CATEGORIES