Agong bagi ‘green light’ kepada Speaker gantung 14 hari Ahli Parlimen degil

Photo of author

By Syima Iza

Semua Ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara diingatkan oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, supaya mempamerkan teladan yang baik sepanjang persidangan Parlimen.

Sultan Ibrahim menitahkan semua ahli Parlimen dan Dewan Negara supaya menjaga adab dan tatatertib, selain menggunakan pertuturan yang sopan.

Baginda turut memberi kebenaran kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat dan Yang Dipertua Dewan Negara mengambil tindakan terhadap mana-mana ahli yang melampaui batas, termasuk mengenakan sekatan daripada menyertai persidangan selama 14 hari.

Agong bagi 'green light' kepada Speaker gantung 14 hari Ahli Parlimen degil

“Saya mahu ingatkan, Parlimen ini adalah tempat untuk penggubal undang-undang berhimpun untuk membuat peraturan dan Yang Berhormat (YB) semua adalah penggubalnya.
“Adalah tidak masuk akal jika penggubal itu sendiri gagal untuk mematuhi peraturan yang dibuat. Justeru, saya harap semua ahli akan menunjukkan contoh teladan yang baik apabila berada di Dewan ini.

“Oleh yang demikian, saya harap semua ahli dewan akan tunjukkan contoh teladan yang baik apabila berada di dewan yang mulia ini. Jaga adab dan tatatertib serta gunakan tutur kata yang sopan, bukannya memaki hamun orang lain. Kalau tengok perangai ahli dewan sebelum ini, saya pun rasa malu hendak masuk ke dewan ini,” titah baginda ketika merasmikan Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen Ke-15, hari ini.

Turut berangkat ke istiadat itu, Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah.

Baca Juga:
Saintis Korea cipta beras merah jambu, makan nasi sahaja pun dah sedap tak perlu lauk lagi
Doktor bingung bagaimana 150 pepijat boleh masuk ke dalam hidung lelaki ini
‘Tak perlu sental sampai sakit pinggang’ – Wanita gilap lantai guna mesin rumput buat netizen tercengang