ADUN Sungai Bakap ditidurkan

Photo of author

By Syima Iza

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Bakap, Nor Zamri Latiff dari PAS dilaporkan telah dimasukkan ke wad selepas mengalami komplikasi di bahagian perut.

Setiausaha PAS negeri, Iszuree Ibrahim mengesahkan perkara tersebut apabila dihubungi pada Rabu.

Beliau menjelaskan bahawa Nor Zamri kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Seberang Jaya.

ADUN Sungai Bakap ditidurkan

“Isteri beliau (Nor Zamri) memberitahu bahawa suaminya dimasukkan ke hospital dua hari lalu kerana sakit perut dan kini telah dimasukkan ke dalam tidur selepas mendapat kebenaran daripada ahli keluarga oleh doktor.

“Kami mendapat maklumat mengenai keadaan kesihatan beliau daripada isterinya kerana orang luar tidak dibenarkan memasuki ICU,” katanya semasa dihubungi.

Nor Zambri yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri terkini menentang calon Pakatan Harapan, Nurhidayah Che Rose, dan kalah dengan majoriti 1,563 undi dengan jumlah undi 15,433.

Baca Juga:
Nora Danish akui rumah tangga goyah, dah tak tinggal sebumbung
Penggali kubur terkejut temui jasad berbau wangi selepas 16 tahun dikebumikan
‘Tuan guru’ renjis air jampi pada kereta undang perdebatan ramai