ADUN PN kena sindir dengan netizen rasmi mesin ATM

Photo of author

By Syima Iza

ADUN Perikatan Nasional, Bahari Mohd Nor menjadi bahan sindiran ramai gara-gara merasmikan mesin ATM baharu di kawasan Pasar Pekan Gual Ipoh, Kelantan.

Dalam satu hantaran di media sosial, beliau berkongsi video majlis perasmian tersebut sebagai usaha untuk menyebarkan perkembangan terbaru yang dibawa kepada para pengundinya.

Dalam ucapannya, beliau berkata, “Bagi penduduk bandar, ini mungkin perkara biasa, tetapi di tempat seperti ini, ia mungkin sesuatu yang luar biasa.”

ADUN PN kena sindir dengan netizen rasmi mesin ATM

Namun, reaksi netizen terhadap peristiwa ini tidak begitu positif. Ramai yang merasa tidak puas hati dengan cara perasmian tersebut diadakan.

“Pasang mesin ATM bukanlah satu masalah. Tetapi mengadakan majlis perasmian besar-besaran tu menjadi masalah,” komen seorang pengguna media sosial.

Seorang lagi pengguna berkata, “Hanya di Kelantan akan jadi luar biasa untuk mempunyai mesin ATM. Di Selangor, mesin ATM tidak begitu relevan lagi kerana kita telah beralih kepada pembayaran tanpa tunai.”

“Sudah hampir 30 tahun mereka memimpin negeri ini. Hanya pada tahun 2024 mereka mempertimbangkan untuk membawa mesin ATM ke kawasan tersebut,” ulas seorang netizen lain dengan nada sinis.

@malaysia_times Panggil Tok Ngulu rasmi takpo dah kot. HAHAHA. #GualIpoh #Kelantan #MesinATM #Rasmi #PN #fyp ♬ original sound – Malaysia Times

Walaupun usaha memperkenalkan mesin ATM dan CDM di kawasan luar bandar seperti DUN Gual Ipoh adalah satu langkah yang baik untuk memudahkan urusan penduduk, cara pengumuman tersebut dilakukan telah menimbulkan pelbagai reaksi.

Sesetengah pihak melihatnya sebagai satu bentuk kemajuan, manakala yang lain mengkritik kelewatan dan cara perasmian tersebut diadakan.

Keperluan untuk meningkatkan kemudahan asas di kawasan luar bandar tidak boleh dinafikan. Namun, dalam era digital ini, kemudahan seperti mesin ATM dan CDM mungkin tidak lagi dianggap sebagai satu pencapaian besar di kebanyakan tempat, terutamanya di bandar-bandar besar yang sudah lama beralih kepada pembayaran digital dan masyarakat tanpa tunai.

Baca Juga:
Wanita India suap makanan dekat pesakit lelaki buat ramai sebak
Lipas merayap dalam bekas roti di kedai kek terkemuka buat netizen geli
Aksi ‘humble’ TMJ minum teh ais tepi bendang curi perhatian ramai