‘Aduhh..lawan lagi siap bawa parang’ – Aney ‘One By One’ sekali lagi buat suspense dalam video baru

‘Aduhh..lawan lagi siap bawa parang’ – Aney ‘One By One’ sekali lagi buat suspense dalam video baru

Semakin mula dikenali akibat daripada penularan video pergaduhannya, lelaki berbangsa India yang terkenal dengan jolokan Aney ‘one by one gentleman’ kali ini tampil dalam satu posting terbaharu.

Datang Ajak Gaduh?

Menerusi entri tersebut, dapat dilihat lelaki berkenaan kembali ke premis kedai serbaneka sebelum ini dengan membawa sebilah parang seolah-olah mahu mencetuskan masalah di lokasi itu.

'Aduhh..lawan lagi siap bawa parang' - Aney 'One By One' sekali lagi buat suspense dalam video baru

Namun, apa yang menyentuh hati, lelaki itu rupa-rupanya mahu menjemput pemilik kedai berikut untuk menjamu sebiji durian bersamanya sebagai tanda perdamaian.

Menjengah ke ruangan balas hantaran, rata-rata netizen meluahkan rasa terhibur dengan konten yang dibuat.

“Meow tak ikut sekali ke?”

“Hahaha mantap, dulu gaduh sekarang sudah kawan,”

“Terbaik punya konten!”

Tidak hanya terhenti disitu, ada juga yang memuji video berkenaan kerana sifat perpaduan yang ditunjukkan.

“Bagus lah dah berdamai. Kita semua suka happy ending story. Ambil yang baik, buang yang buruk,”

“A brilliant piece! Otak geliga siapa punya idea video ni,”

“Ini macam perpaduan demi negaraku tercinta.”

Untuk info, sebelum ini tular satu video memaparkan dua lelaki sedang bergaduh di sebuah premis kedai serbaneka di Seberang Jaya, Pulau Pinang.

Untuk info, sebelum ini tular satu video memaparkan dua lelaki sedang bergaduh di sebuah premis kedai serbaneka di Seberang Jaya, Pulau Pinang.

Menerusi video tular berkenaan, awalnya kelihatan dua lelaki sedang berbalah dengan penjual di kedai berkenaan.

Perbalahan antara mereka kemudiannya berakhir dengan aksi tumbuk-menumbuk di antara penjual dan juga salah seorang daripada lelaki berkenaan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 324 dan Seksyen 323 Kanun Keseksaan serta Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955.

Baca Juga:
Kekurangan baja pertanian, pemimpin Korea Utara arah penduduk kumpul najis sendiri
Pemilik restoran rugi lebih RM238, sekumpulan pelanggan ‘cabut lari’ lepas makan
Bella Astillah terkejut dapat hadiah motor skuter elektrik, nombor plat BELL4!
CATEGORIES