Adik ipar dapat hibah RM300k dari arwah suami, wanita tak puas hati mahu duit dikongsi bersama

Photo of author

By Syima Iza

Adik ipar dapat hibah RM300k dari arwah suami, wanita tak puas hati mahu duit dikongsi bersama.

Baru-baru ini, tular sebuah posting di laman Facebook mengenai seorang wanita yang tidak berpuas hati apabila adik iparnya menerima hibah sebanyak RM300,000 daripada arwah adiknya.

Menerusi posting yang dimuat naik oleh Fahmie Othman, seorang ejen insurans, dia berkongsi tangkap layar yang dihantar oleh salah seorang pelanggannya.

Adik ipar dapat hibah RM300k dari arwah suami, wanita tak puas hati mahu duit dikongsi bersama

Apa yang mencuri perhatian ramai adalah apabila wanita berkenaan menyuarakan rasa bengangnya selepas adik iparnya menerima hibah RM300,000 daripada arwah adiknya yang telah meninggal dunia empat tahun lalu.

Menurut wanita itu, dia tidak berpuas hati kerana isteri arwah adiknya tidak berkongsi duit yang diterima daripada si mati.
Malah, dia bertanya tentang isu faraid dan mahu duit tersebut dikongsi bersama keluarga dan adik-beradik lain kerana mendakwa RM300,000 adalah satu jumlah yang banyak.

Susulan itu, ejen insurans berkenaan turut memberikan pendapatnya mengenai hibah dan hal agama.

“Kalau macam ni dikira ‘Ipar Adalah Maut’ jugak ke? Tapi yang bawah ni versi takaful la, abemi boleh sharing. Bila kurang ilmu agama, beginilah jadinya.

“Bicara soal harta, semua pakat nak jadi ustaz dan ustazah jadian. Gelap mata, busuk hati. Sampai hibah pun nak kena faraid. Jahilnya kita ni,” katanya.

Baca Lagi:
Lelaki ubah suai rumah terkejut jumpa duit lama RM242k dalam dinding, bila bawa ke bank lain pula yang jadi…
Wanita kongsi detik cemas kereta buatan China miliknya berhenti mengejut di tengah lebuhraya
Terkejut lihat peniaga melayu jual apam balik pizza, ini reaksi 2 influencer dari Itali